- 11:39 AM
- 0 Comments
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim
Image : Group Telegram Amway LOS Jamaruziana
Kak Bed tak pernah berkongsi pasal masakan kan sebelum ni?Sebenarnya idea nak berkongsi resepi ini menjelma di saat Kak Bed tengah ralik buat folder untuk diletakkan segala jenis resepi yang Kak Bed dapat di fesbuk.
Tengah leka masukkan 1 resepi tu tiba-tiba tak tau macamana tercabut power plug.Bateri lappy pun di cabut,jadinya teruslah padam power lappy tanpa sempat di 'save'.
Masa tu terlintas,kalau lah sekiranya terdelete 1 folder ni habislah.Dan masa tu teringat akan blog Kak Bed ni ha.
Jadinya Kak Bed 'abadikan' semua resepi yang Kak Bed rasa best dalam 1 label.Senang untuk Kak Bed buat rujukan dan semoga senang juga untuk pembaca blog Kak Bed nak mencuba resepi-resepi yang ada.
Resepi pertama Kak Bed nak kongsi ni sangat mudah!Semudah ABC dengan bantuan PHILIPS AIR FRYER.
Jom masak.
AYAM MANDY:
Bahan Utama:
1 ekor ayam - Tak perlu potong
Bahan perapan :
1 sudu kecil serbuk kunyit (Boleh letak lebih kalau nak kaler lagi cantik)
1 sudu kecil rempah mandy
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Gaam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
1. Bersihkan ayam bahagian dalam dan luar bersih-bersih.Toskan sekejap dalam 5 minit
2. Satukan semua bahan perapan dan lumurkan ke seluruh bahagian dalam dan luar ayam tadi.
3.Setting kan Airfryer LOW TEMP untuk pembakaran kali pertama iaitu 165 suhu dalama masa 20 minit.
4. Tukar setting kepada High Temp untuk proses seterusnya.200 suhu dalam masa 8-10 minit.
5. Siap untuk di hidang.
Kenapa perlu tukar setting AirFryer?
Ini adalah untuk memberikan kerangupan kulit ayam.Saat kita menggigit ayam dan menikmati kerangupan di bahagian luar,tanpa disedari rongga mulut dipenuhi dengan juicy ayam hasil perapan dengan rempah-rempah yang membuatkan mata berkelip cukup lama menahan keenakan ayam Mandy ini.
Membacanya sahaja boleh membangkitkan memori seolah-olah sedang menikmatinya.Kannn.
Akan ada pertanyaan sekiranya bakar secara tradisional tak dapat ke rasa macam ni?
Jawapannya TAK,Sebab takkan dapat rasa rangup tu.
Pada Kak Bed,zaman sekarang ni semuanya kita nak cepat dan mudah dalam uruskan hal masak memasak apatah lagi melayan karenah anak-anak.Bagi yang bekerja mesti nak cepat.
Walau sibuk dengan anak-anak dan nak cepat bersiap untuk pergi bekerja,Kak Bed pasti ramai yang inginkan hasil masakan yang sedap dan boleh menambat hati anak-anak dan suami.
Jadi,Kak Bed syorkan Philips AirFryer ni.SENANG,MUDAH,CEPAT dan SEMESTINYA MAKANAN JADI LAZAT!
Nak tahu mana nak daptkan Airfryer Philips yang ohsem ni,hubungi;
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
WhatsApp : 017-2015485
- 12:06 AM
- 0 Comments
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google
Kulit adalah organ yang terbesar dan
terpenting manusia.Bahagian yang paling di beri perhatian oleh wanita
adalah wajah.Maka tidak hairanlah kalau ada yang sanggup berhabis
ribuan ringgit untuk kelihatan cantik dan anggun.
Tips paling penting untuk memilih
produk kecantikan adalah kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu.
KENAPA PERLU KENALI JENIS KULIT WAJAH??
Untuk mendapatkan kulit yang
cantik,halus,gebu dan sihat kita perlu ketahui dahulu jenis kulit
wajah supaya memudahkan kita dalam memilih produk kecantikan dengan
betul.Proses ini amat penting agar kita tidak silap memilih produk
kecantikan dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan untuk
kosmetik.
Apabila kita sudah kenal akan jenis
kulit wajah,maka ini akan melancarkan proses pencarian produk yang
sesuai mengikut jenis kulit wajah dan kondisinya.Maka amat mudah bagi
kita untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
Mengenali dengan lebih terperinci jenis
kulit wajah ini akan menjadikan kita lebih arif dalam memilih produk
kecantikan dengan betul.Seterusnya dapat menjimatkan kos kerana dapat
mengelakkan kerosakan kulit akibat pemakaian produk yang salah.
Kulit wajah mempunyai 4 jenis yang
utama,iaitu:
- KULIT NORMAL
- KULIT BERMINYAK
- KULIT KERING
- KULIT KOMBINASI
Kebolehan untuk mengenal pasti 4 jenis
kulit wajah di atas dengan berkesan sangat membantu dalam proses
pemilihan produk kecantikan dengan betul.Jenis kulit yang berbeza
mempunyai tekstur dan ciri-ciri yang berbeza.Rejim penjagaan kulit
dan juga pilihan kosmetik juga adalah berbeza.
JENIS KULIT WAJAH
KULIT NORMAL
Kulit normal mempunyai keseimbangan
yang ideal antara tahap minyak dan penghidratan.Kulit normal sangat
jarang boleh didapati terutama apabila meningkat dewasa.Faktor
persekitaran dan hormon boleh mengubah jenis kulit normal kepada
jenis kulit yang lain.
CIRI CIRI :
Tidak terlalu berminyak atau kering.
Liang roma yang hampir tidak kelihatan
Tekstur kulit yang licin dan lembut.
Tona kulit yang sangat bagus
Solekan lebih tahan lama.
Produk yang sesuai: Pencuci jenis gel
atau susu boleh digunakan.Boleh amalkan penjagaan muka yang menjaga
kelembapan air dalam kulit.Penggunaan yang teratur boleh melambatkan
proses penuaan.
KULIT BERMINYAK
Kulit berminyak adalah kerana lebihan
minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum(kilang minyak).Kulit
berminyak cenderung untuk melawan proses penuaan dengan baik kerana
menghalang pembentukan kedutan kulit terutamanya.
CIRI CIRI :
Liang pori yang besar.
Kulit sedikit berkilat(shining)
terutama waktu tengahari terutama di bahagian T-Zone dan U-Zone.
Mudah terdedah kepada jerawat.
Blackheads dan whitehead terutama
kawasan hidung dan dagu juga pipi.
Solekan tidak tahan lama.
Tona kulit yang tidak sekata.
Kulit sedikit kusam kerana lebihan
sebum (minyak).
Produk yang sesuai: Pencuci jenis
gel.Toner jenis watery(air).Penggunaan pelembap haruslah yang boleh
kontrol pengeluaran sebum.Elakkan produk anti penuaan kerana tekstur
produk tersebut lebih pekat dan susah untuk meresap masuk ke dalam
kulit dengan baik kerana pengeluaran sebum yang aktif.
KULIT KERING
Kulit kering adalah keadaan kulit yang
sangat biasa yang berlaku pada semua peringkat umur. Biasanya, ia
tidak mewakili masalah yang serius tetapi kadang-kadang ia boleh
menjadi sukar untuk dirawat.
CIRI CIRI :
Liang pori yang hampir tidak kelihatan
Bila menggunakan pencuci jenis
gel,kulit akan merasa lebih ketat selepas pencucian.
Mudah kelihatan garis-garis halus.
Solekan boleh tahan lama.
Mudah mendapat rengsaan (gatal,pedih
dan kulit terluka) sekiranya salah pemakaian produk.
Produk yang sesuai : Pencuci jenis
susu/cream.Toner yang lebih bertekstur gel.Elakkan pemakaian pelembap
yang mempunyai fungsi unutk mengawal jerawat.Pelembap jenis ini akan
mengawal minyak dengan sangat baik.Sekiranya anda mempunyai kulit
kering,harus elakkan memakai pelembap jenis ini.Gunakan pelembap yang
lebih krim teksturnya.
KULIT KOMBINASI
Terdapat 2 jenis kulit kombinasi samada
:
- KOMBINASI SEDIKIT BERMINYAK – lebihan sebum di T-Zone
- KOMBINASI SEDIKIT KERING – kekurangan sebum di T-Zone
CIRI CIRI :
Liang pori sedikit besar,namun lebih
kecil berbanding jenis kulit berminyak.
Kadang kadang boleh terdapat masalah
blackhead dan whitehead
Sedikit berminyak di kawasan T-Zone
Sedikit kering di kawasan pipi.
Mudah terdedah dengan kemunculan
garis-garis halus sekiranya tidak mengamalkan rejim penjagaan muka
yang betul.
Produk yang sesuai : Pencuci jenis gel
@ susu.Pelembap muka pula,yang mempunyai fungsi mengawal kelembapan
air dalam kulit.
Kak
Bed harap dengan perkongsian ini dapat sedikit membantu dalam memberi
panduan bagaimana untuk mendapatkan produk kecantikan yang betul dan
memberi kesan yang optimum kepada kulit.
Sukacita boleh hubungi Kak Bed di :
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
Whatsapp : 017-2015485
Kak
Bed
- 12:46 AM
- 0 Comments
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google
Imej : Carian Google
Seketul kiub ais setiap hari boleh melakukan keajaiban sebenar untuk kulit wajah anda! Ratu Rusia Ekaterina II terkenal dengan menggosok mukanya,leher dan décollete(bahagian dada - pangkal leher) dengan kiub ais setiap pagi untuk mengekalkan kecantikannya dan menyegarkan kulit beliau.
FUNGSI TERAPI AIS
- Terapi kiub ais ini boleh membantu mengecilkan liang roma dan seterusnya boleh mengawal pengeluaran sebum dari dalam kulit.Oleh itu,terapi kiub ais ini boleh mengecutkan jerawat.
- Terapi kiub ais ini juga boleh mencegah pre-mature aging(pra-matang penuaan) seperti kedutan,kulit kusam dan tidak bermaya.
- Terapi kiub ais akan meningkatkan peredaran darah dalam kulit di mana akan memberikan kesegaran wajah yang maksimum.
credit to:thenewstrack |
Penggunaan terapi kiub ais setiap hari akan memberikan efek kulit wajah yang segar dan sihat berseri.Walaupun tanpa mekap,anda akan kelihatan cantik dan jelita.
BAGAIMANA NAK SEDIAKAN KETULAN AIS?
Untuk menyediakan ketulan ais ini,Kak Bed cadangkan gunakan air mineral.Jangan guna air paip.Boleh dibuat dengan cara infusi dengan bahan bahan herba lain yang sesuai dengan jenis kulit untuk rawatan.
Anda juga boleh memilih jenis buah buahan yang ingin digunakan agar dapat membantu kulit berasa lebih segar dan sihat terutama pada musim tengkujuh.
[ TERAPI KIUB AIS - KULIT BERMINYAK ]
Untuk kulit berminyak yang terdedah kepada jerawat,Kak Bed cadangkan untuk membekukan calendula,sage dan thyme.
[ TERAPI KIUB AIS - KULIT KERING ]
Jika anda mempunyai kulit kering anda mungkin mahu mencuba camomile kering,daun pasli, limau-atau pudina segar.
CARA MELUMURKAN KETULAN AIS DI WAJAH.
- Lumurkan secara perlahan-lahan ke seluruh wajah,leher dan decollete sehingga kiub ais mencair habis.Lumuran secara lembut dan secara putaran.Jangan terlalu menekan kulit bagi mengelakkan kerosakan kapilari yang terdapat di bawah lapisan kulit.
- Elakkan melumurkan kawasan mata.Ini kerana kawasan mata adalah kawasan yang paling lembut dan sensitif.Ia perlu dirawat dengan penuh teliti.
- Biarkan ais mengering di muka.Tidak perlu lap.
- Apabila ia mengering secara semulajadi,dengan ini kulit akan mendapat manfaat yang maksimum daripada rawatan terapi kiub ais ini.
Jika dahulu Kak Bed biasa menggunakan ketulan ais dari air mineral sahaja.Namun kini ingin pula mencuba terapi kiub ais menggunakan herba herba dan buah buahan sayuran sebagai bahan utama dalam rawatan.
Kiub ais dari Aloe Vera.Credit to: wishesh,com |
Selamat mencuba.Kalau nak tips lebih banyak lagi boleh hubungi Kak Bed di :
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
WhatsApp/Telegram : 017-2015485
- 12:00 PM
- 0 Comments
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google
Kecantikan sebenar bermula apabila kita sendiri menghargai diri sendiri dengan mengetahui akan keperluan untuk kulit kekal sihat,segar,lembut dan halus.
Dalam rutin penjagaan kulit wajah,membersihkan muka adalah satu rutin yang wajib dilakukan.Namun ramai wanita di luar sana ambil ringan dari segi aspek memilih pembersih muka yang sesuai.
BAGAIMANA MEMILIH PEMBERSIH MUKA YANG SESUAI?
Mari Kak Bed kongsi:
Sebelum memilih produk pembersih muka yang sesuai,elok kita perincikan apakah itu pembersih muka/Cleanser ini terlebih dahulu.
Pembersih muka adalah produk penjagaan muka yang digunakan untuk membuang mekap,sel-sel kulit mati, minyak, kotoran, dan lain-lain jenis bahan pencemar yang melekat di kulit muka. Ini membantu untuk membuka liang pori bagi tujuan pembersihan secara intensif.Juga mencegah penyakit kulit seperti jerawat.
Pembersih muka WAJIB digunakan sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit bersama-sama dengan penyegar dan pelembap.
Menggunakan pembersih muka jenis gel/susu untuk menghilangkan kotoran dianggap sebagai alternatif yang lebih baik berbanding sabun berbuku (bar soap).Ini kerana sabun berbuku sangat tinggi tahap alkalinya yang boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
Pembersih muka diformulasikan berdasarkan variasi jenis kulit wajah juga.Banyak jenis pembersih muka di pasaran berdasarkan jenis kulit.
[ KULIT BERMINYAK/KOMBINASI BERMINYAK ]
Jenis kulit ini memerlukan pembersih muka jenis gel.Gel akan bertindak sebagai agen penghapus lebihan minyak di permukaan kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak harus ELAKKAN penggunaan pembersih muka jenis susu/cream.Ini kerana pembersih muka jenis ini akan meninggalkan kesan sedikit berminyak di permukaan bagi tujuan pelembapan.Semestinya fungsi ini tidak sesuai bagi mereka yang kulit berminyak/kombinasi berminyak.
Oleh itu,elakkan penggunaan pembersih muka yang menumpukan kepada aspek anti-penuaan.Pembersih muka untuk fungsi ini biasanya dalam bentuk susu/krim.Tidak sesuai untuk kulit berminyak/kombinasi berminyak.
Namun,sekiranya anda seorang yang memakai mekap,anda boleh gunakan pembersih muka jenis susu/krim sebagai penaggal mekap.Kemudian perlu dicuci sekali lagi dengan pembersih muka jenis gel.
[ KULIT KERING/KOMBINASI KERING ]
Pembersih muka jenis susu/krim biasanya terlalu lembut untuk memberi kesan pada kulit berminyak atau normal,tetapi sangat berkesan dengan kulit kering/kombinasi kering.
Pastikan memilih pembersih muka yang bebas alkohol untuk digunakan pada kulit kering, sensitif atau kulit yang terhidrat.Elakkan juga pembersih muka yang mengandungi parfum/wangian kerana ia akan menyebabkan rengsaan dan alergik kepada kulit.
Pembersih muka untuk fungsi pemutihan/whitening juga tidak sesuai kerana ia akan membuang sel kulit mati dengan kuasa acidic.Pemakaian berterusan akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering dan nipis.Ini akan menyebabkan kulit terdedah dengan masalah kulit yang lain.
Selain memilih pembersih muka berdasarkan jenis kulit,kita juga boleh memilih jenis pembersih muka berdasarkan masalah kulit.
[ KULIT BERJERAWAT ]
Sekiranya anda mempunyai masalah kulit berjerawat,anda perlu memilih jenis gel.Pembersih muka jenis gel sangat bagus untuk membuang lebihan minyak di permukaan kulit.
Kulit akan lebih segar dan rasa lebih 'matte' serta tidak berminyak.Elakkan menggunakan pembersih muka jenis susu/krim.
Bagi kulit berjerawat,anda akan mendapati kulit akan lebih berminyak sekiranya menggunakan pembersih muka jenis susu/krim ini.
[ KULIT SENSITIF (MUDAH MERAH,GATAL,PEDIH) ]
Masalah kulit sebegini harus menggunakan pembersih muka jenis susu/krim supaya kulit lebih lembap.
Elakkan penggunaan pembersih muka jenis gel kerana ia akan membuatkan kulit menjadi kering seterusnya menimbulkan rengsaan pada kulit.
[ MASALAH FINE LINES/KEDUTAN ]
Harus menggunakan pembersih muka jenis susu/krim bagi memastikan kulit mendapat lembapan yang lebih.
Sangat tidak digalakkan menggunakan pembersih muka jenis gel.Ini akan membuatkan kulit bertambah kering dan akan menyebabkan masalah kedutan semakin serius.
Sama seperti Kak Bed dulu yang tak pernah tahu bagaimana cara memilih pembersih muka dengan betul.Terlalu terpengaruh dengan iklan sehinggakan memilih pembersih muka yang salah.
Rentetan itu,Kak Bed menghadapi masalah jerawat yang agak serius.
Setelah menghabiskan modul penjagaan muka dan urutan badan,maka dari situ Kak Bed mula memberikan perhatian yang serius dalam memilih pembersih muka yang betul.
Alhamdulillah,kini masalah jerawat dah tiada.Cuma tinggal bekas sahaja dan dalam proses untuk memperbaiki tekstur kulit pula.
Walaupun kini Kak Bed sudah tidak membuat servis rawatan muka,namun Kak Bed masih memberikan khidmat nasihat kepada yang memerlukan.
Kepada yang ingin memerlukan khidmat nasihat Kak Bed,boleh hubungi:

- 9:00 AM
- 0 Comments
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google dan koleksi peribadi
Imej : Carian Google dan koleksi peribadi
Kak Bed pernah buat survey sendiri di
kalangan sahabat sahabat Kak Bed mengenai timun ini.Survey lebih
tertumpu “Siapa suka makan timun?”10 orang Kak Bed
survey,semuanya suka makan timun sebab timun ini bersifat rangup dan
sangat juicy.
Tahu tak timun adalah ahli keluarga
tembikai.Timun digunakan untuk tujuan yang berbeza kerana boleh
dimakan mentah atau dimasak dan juga boleh digunakan dalam penjagaan
kosmetik.Ini kerana timun mempunyai sifat-sifat yang menenangkan dan
melembutkan kulit.
Kak Bed nak kongsikan kelebihan timun
ini dalam kegunaan kosmetik.
Timun ini kaya dengan anti
oksida.Sebenarnya tubuh manusia mempunyai fungsi sistem perlindungan
sendiri,namun semakin meningkat usia,faktor ini semakin
berkurangan.Justeru itu tubuh tidak lagi dapat melawan proses
pembentukan kedutan(wrinkles) dan melindungi daripada kerosakan kulit
akibat sinaran matahari.
Dalam kes ini,timun boleh membantu
kerana ia mengandungi anti oksida dan kulit berupaya untuk menyerap
anti oksida tersebut.Malah timun ini juga adalah sumber untuk melawan
keradangan kulit dan penuaan.
Sangat kaya dengan vitamin C.Malah juga
mempunyai banyak vitamin K yang dapat melawan lingkaran hitam di
bawah mata. Inilah sebabnya mengapa beberapa keping timun diletakkan
di atas mata yang letih dan bengkak untuk membuatkannya kelihatan
lebih segar.
Asid Pantothenic, atau vitamin B-5,
adalah satu lagi sebatian yang dijumpai di dalam timun yang membantu kulit
dalam mengekalkan kelembapan. Vitamin A, atau retinol dalam timun
mampu melawan jeragat kerana ia membantu mengawal pengeluaran
melanin.
Amalan pemakaian timun sebagai bahan
kosmetik boleh memberikan kesegaran pada wajah,menambah
keserian,melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat
dan cantik.
Di sini Kak Bed nak kongsi sedikit
petua bagaimana dapat mengembalikan kesegaran wajah dengan timun ini.
Bahan bahan :
1) 2 sudu timun yang telah di
parut.Pastikan parutan sangat halus
2) 2 uncang Green Tea – keluarkan
dari uncang dan ambil serbuk sahaja
Cara cara :
~ Satukan semua bahan bahan dan simpan
dalam peti ais selama ½ jam.
~ Keluarkan dari peti sejuk dan sapukan
terus pada muka.Lakukan dalam posisi baring supaya air timun itu
tidak meleleh
~ Biarkan selama 30 minit dan buang
parutan timun dan green tea tadi.
~ Pastikan bilas dengan air sejuk
~ Keringkan dan boleh teruskan dengan
pemakaian rutin harian yang lain.
~ Seeloknya lakukan di waktu malam
Hasilnya:
~ Kulit lebih segar
~ Lebih nampak bermaya
~ Nampak lebih berseri dan cerah (radiance)
Kak Bed hanya berkesempatan buat 2 kali
sebulan sahaja kerana kekangan masa dan tuntutan kerja.
Kalau rajin mesti hebat hasilnya.
Nak cantik ini tak semestinya semua
produk yang digunakan kena mahal mahal harganya.Apa yang penting kita
tahu apa yang diperlukan oleh kulit kita dan bagaimana produk yang
kita gunakan boleh memberikan kesan yang kita inginkan.
Kak Bed harap dengan perkongsian kali
ini dapat memberi manfaat kepada semua.Kak Bed cuma share apa yang
Kak Bed tahu dan praktikkan sahaja.
Kalau nak tahu set lengkap skincare apa yang Kak Bed pakai boleh hubungi di :
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
WhatsApp : 017-2015485
- 8:30 AM
- 0 Comments
Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google dan Koleksi Sendiri
Imej : Carian Google dan Koleksi Sendiri
Kita pasti pernah hadapi masalah
jerawat ini walaupun hanya sekali seumur hidup kan?Tau tak di Amerika
Utara,lebih 17 juta individu dilaporkan mengalami masalah jerawat dan
jumlah itu melebihi ½ dari jumlah penduduk di Malaysia.
Manakala statistik individu yang
menghadapi masalah jerawat di Malaysia sendiri ialah 8 dari 10 rakyat
Malaysia pernah mengalami masalah jerawat seumur hidup mereka.
Rasa sedih,tak yakin nak
bergaul,stress,kecewa dan kadang kadang terasa macam diri
diperhatikan oleh seseorang gara gara jerawat walaupun yang naik itu
hanyalah sebiji sahaja!Bayangkan kalau banyak,pasti emosi sedikit
terganggu.Lagi sadis,kalau jerawat juga naik di bahagian belakang dan
decollete (kawasan di antara leher dan dada).
Namun apa itu jerawat?Bagaimana ianya
terjadi?
Secara saintifik jerawat lebih dikenali
sebagai Vulgaris.Ia merupakan penyakit kulit.Terdapat dalam 2 bentuk
utama yang berkemungkinan samada gangguan ataupun penyakit iaitu:
1)Non-Inflammatory (Bukan Radang -
Gangguan)
2)Inflammatory (Radang - Penyakit)
Biasanya banyak terjadi apabila
seseorang itu meningkat remaja.Dalam proses tumbesaran manusia,akan
berlaku beberapa perubahan yang tidak dapat dielakkan.
Apabila seseorang itu sampai masa akil
baligh, ia akan menghasilkan hormon-hormon tertentu di dalam
badannya. Di mana setiap remaja akan menghasilkan lebihan sebum dalam
kelenjar yang dikenali sebagai 'OIL GLAND' yang terletak di bahagian Dermis Kulit
Apabila
rembesan(pengeluaran) sebum terlalu aktif,maka ia tidak dapat
dikeluarkan dengan baik terus ke permukaan kulit.Apabila keadaan ini
terjadi,ia akan tersumbat dan menjadi kering dalam liang pori.
Ini akan
menyebabkan minyak yang kering itu boleh melekat bersama sama dengan
sel kulit mati yang terdapat dalam liang pori.Seterusnya boleh
menyebabkan 2 masalah di permukaan kulit iaitu Whitehead(Closed pore)
dan Blackhead (Open pore).
Whitehead dan
blackhead ini boleh bertukar kepada jerawat sekiranya terdedah dengan
bakteria penyebab jerawat iaitu P-Acne bakteria (Propioni Bacterium)
Harus ingat,dalam
badan kita memang ada bakteria yang hidup.
Terdapat banyak
jenis jerawat.
Antaranya:
WHITEHEAD
(BINTIK PUTIH) – NON INFLAMMATORY
Bagaimana whitehead berlaku |
Whitehead yang terlindung di bawah sel kulit mati |
Terbentuk apabila
sel sel kulit mati melekat bersama sama sebum yang kering seterusnya
keluar ke permukaan.Akan tetapi disebabkan oleh sel kulit mati yang
menutupi bahagian atas kulit maka whitehead seolah olah kelihatan
seperti biji biji yang boleh nampak namun susah untuk dikeluarkan.
BLACKHEAD
(BINTIK HITAM) - NON INFLAMMATORY
Bagaimana Blackhead terbentuk |
Blackhead yang kelihatan di permukaan kulit |
Blackheads dikatakan peringkat pertama
jerawat.Ia terbentuk akibat serangan oleh bakteria yang dikenali
P-Acne. Bintik hitam ini boleh berkembang menjadi jerawat,yang juga
dikenali sebagai papule.
PAPULE - INFLAMMATORY
Papule Terbentuk |
Benjolan kemerahan |
Terjadi apabila blackhead di serang
oleh bakteria.Keadaan ini berlaku samada faktor persekitaran yang
banyak habuk dan tercemar ataupun proses pengeluaran blackhead dengan
cara memicit tidak berjaya sepenuhnya.Lalu masih terlekat baki di
dalam kulit dan amat mudah di serang bakteria hidup dalam kulit.
Boleh rasa tapi dengan bahasa mudah –
tiada mata.Akan terasa pedih bila menekan papule ini.
PUSTULE – INFLAMMATORY
Pustule |
Kelihatan titik nyata putih/kuning |
Apabila kita mengadu tentang jerawat di
muka,biasanya ia merujuk kepada pustules. Pustules dianggap sebagai
satu bentuk jerawat yang sederhana dan memperlihatkan dirinya seolah
olah lebam.Pustule ini mempunyai titik nyata putih atau kuning di
tengah-tengah dan dikelilingi oleh keradangan.Dalam bahasa mudah,ramai yang panggil 'jerawat ada mata'.
Jangan sesekali picit terus dengan jari
dengan harapan nak cepat keringkan/hilangkan jerawat pustule ini.Cara
yang tidak betul akan menyebabkan parut kekal.
Dapatkan rawatan daripada pakar terapi kecantikan yang bertauliah.
NODULE
Nodule |
Benjolan lebih besar dan sedikit pedih sekiranya di tekan |
Nodule jerawat yang besar, lebam dan
keras di bawah permukaan kulit.Amat susah untuk dikeluarkan kerana
mudah meninggalkan parut yang dalam.
Kak Bed pernah mengalami masalah
jerawat ini dahulu.Terlalu terpengaruh dengan iklan masa itu.Sekali
pakai saja,terus dapat jerawat (papule).Tangan pula gatal nak
menggaru selalu maka keadaan bertambah teruk.
Menyesal pun ada.Mula la menyalahkan
produk tersebut tak bagus.Walhal Kak Bed yang tiada ilmu antara
kehendak kulit dan kehendak sendiri.
Ini kulit Kak Bed kesan jerawat. |
Boleh
nampak betapa teruk dulu berdasarkan parut yang ada.Ini pun sudah
elok sedikit setelah Kak Bed aplikasikan pengetahuan mengenai
perbezaan antara jenis dan masalah kulit.
Namun bila berselfie tak perlu guna kamera ajaib sebab tak kelihatan sangat dah parut tu.
Terdapat banyak faktor dalaman dan
luaran namun hanya 1 point penting di sini iaitu sering berlaku
kepada mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak.
Justeru itu,sebelum memilih sebarang
produk kecantikan harus tahu kandungan dan bagaimana produk tersebut
boleh berinteraksi dengan kulit kita dan sekiranya untuk produk tersebut adalah untuk mencegah penuaan adakah ia tidak mengaktifkan lagi kelenjar minyak
kita?
Peringatan bagi kulit berminyak,biasanya produk untuk mencegah penuaan tidak sesuai
lantaran kandungan produk itu untuk lebih melembapkan kulit di mana
mereka yang mempunyai kulit kering sangat cenderung untuk kelihatan
cepat tua dari usia.
Rawatan harus dilakukan mengikut
keadaan kulit kita bukannya kemahuan diri kita.
Pesan Kak Bed untuk yang ada masalah
jerawat.Tak perlu rasa tertekan kerana tekanan itu nanti akan
membuatkan rembesan kelenjar minyak menjadi semakin aktif.
Sebaliknya amalkan rutin penjagaan
harian yang betul dan semestinya memilih produk yang betul untuk
kalian.
In shaa Allah akan memberikan hasil yang memuaskan.
Seperti biasa,Kak Bed boleh dihubungi di:
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
WhatsApp : 017-2015485
- 8:30 AM
- 0 Comments
Powered by Blogger.