RESEPI MUDAH - AYAM MANDY

12:06 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim
Image : Group Telegram Amway LOS Jamaruziana





Kak Bed tak pernah berkongsi pasal masakan kan sebelum ni?Sebenarnya idea nak berkongsi resepi ini menjelma di saat Kak Bed tengah ralik buat folder untuk diletakkan segala jenis resepi yang Kak Bed dapat di fesbuk.

Tengah leka masukkan 1 resepi tu tiba-tiba tak tau macamana tercabut power plug.Bateri lappy pun di cabut,jadinya teruslah padam power lappy tanpa sempat di 'save'.

Masa tu terlintas,kalau lah sekiranya terdelete 1 folder ni habislah.Dan masa tu teringat akan blog Kak Bed ni ha.

Jadinya Kak Bed 'abadikan' semua resepi yang Kak Bed rasa best dalam 1 label.Senang untuk Kak Bed buat rujukan dan semoga senang juga untuk pembaca blog Kak Bed nak mencuba resepi-resepi yang ada.

Resepi pertama Kak Bed nak kongsi ni sangat mudah!Semudah ABC dengan bantuan PHILIPS AIR FRYER.

Jom masak.


AYAM MANDY:

Bahan Utama:

1 ekor ayam - Tak perlu potong

Bahan perapan :

1 sudu kecil serbuk kunyit (Boleh letak lebih kalau nak kaler lagi cantik)
1 sudu kecil rempah mandy
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Gaam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :
1. Bersihkan ayam bahagian dalam dan luar bersih-bersih.Toskan sekejap dalam 5 minit
2. Satukan semua bahan perapan dan lumurkan ke seluruh bahagian dalam dan luar ayam tadi.
3.Setting kan Airfryer LOW TEMP untuk pembakaran kali pertama iaitu 165 suhu dalama masa 20 minit.
4. Tukar setting kepada High Temp untuk proses seterusnya.200 suhu dalam masa 8-10 minit.
5. Siap untuk di hidang.

Kenapa perlu tukar setting AirFryer?

Ini adalah untuk memberikan kerangupan kulit ayam.Saat kita menggigit ayam dan menikmati kerangupan di bahagian luar,tanpa disedari rongga mulut dipenuhi dengan juicy ayam hasil perapan dengan rempah-rempah yang  membuatkan mata berkelip cukup lama menahan keenakan ayam Mandy ini.

Membacanya sahaja boleh membangkitkan memori seolah-olah sedang menikmatinya.Kannn.

Akan ada pertanyaan sekiranya bakar secara tradisional tak dapat ke rasa macam ni?

Jawapannya TAK,Sebab takkan dapat rasa rangup tu.

Pada Kak Bed,zaman sekarang ni semuanya kita nak cepat dan mudah dalam uruskan hal masak memasak apatah lagi melayan karenah anak-anak.Bagi yang bekerja mesti nak cepat.

Walau sibuk dengan anak-anak dan nak cepat bersiap untuk pergi bekerja,Kak Bed pasti ramai yang inginkan hasil masakan yang sedap dan boleh menambat hati anak-anak dan suami.

Jadi,Kak Bed syorkan Philips AirFryer ni.SENANG,MUDAH,CEPAT dan SEMESTINYA MAKANAN JADI LAZAT!



Nak tahu mana nak daptkan Airfryer Philips yang ohsem ni,hubungi;

WhatsApp : 017-2015485




You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images