Biodata Kak Bed





Salam semua dan salam sejahtera.

Pengenalan ringkas dari Kak Bed.Kak Bed berdarah Kelantan (salah silah sebelah ibu) dan Pahang (salah silah sebelah bapa - namun arwah Atuk berhijrah ke Kelantan dan bermaustatin di sana).

Kak Bed dilahirkan dan dibesarkan di Jengka 1,Bandar Jengka,Pahang.Oleh sebab itu ramai yang menegur Kak Bed tiada slang Kelantan waktu berbicara walhal awal perkenalan Kak Bed mention orang Kelantan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jengka 1 seterusnya ke sekolah Menengah Jengka 2.Atas sebab kesihatan abah tahun 1999 Kak Bed terpaksa menolak tawaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM).Pendidikan tertinggi Kak Bed STPM jurusan Geografi.

Kini hampir 11 tahun keluarga abah berhijrah ke Ayer Lanas,Jeli,Kelantan dan rumah di Pahang disewakan.Berkahwin pula dengan Kelantanese berdarah siam.En Asben orang Chetok,Pasir Mas

Kak Bed boleh bertutur banyak loghat negeri disebabkan faktor persekitaran sewaktu membesar.Di tanah rancangan pelbagai loghat ada.

Kak Bed mempunyai 3 orang cahayamata dan kesemuanya lelaki.Lasak memang lasak anak anak lelaki ini namun Kak Bed tetap tak kurus (macam mana tu?..hihihi)

Kak Bed merupakan bekas beauty therapist untuk rawatan muka dan badan.Oleh sebab tu Kak Bed suka berkongsi ilmu yang ada dalam blog ni.

Namun Kak Bed masih bekerja dalam bidang berkaitan kecantikan.Ilmu kecantikan ni tak pernah berhenti,sentiasa akan ada ilmu baru.Kak Bed suka teroka ilmu ilmu baru dan mencuba pelbagai produk baru yang Kak Bed betul betul yakin akan sumber bahan bahannya.

Kak Bed juga sekarang sedang belajar ilmu emas dan ingin menukar bentuk simpanan dari wang kertas kepada emas.Jika dulu tak berminat dengan barang kemas,namun sekarang Kak Bed sudah sedar kepentingan aset emas ini.

Sebab tu Kak Bed juga ada buat post berkenaan emas ini demi untuk kepentingan kita bersama di masa hadapan.

Harap para sahabat sahabat pembaca semua beroleh manfaat dari blog Kak Bed ini..

Yang baik itu datang dari Allah,yang khilaf itu akan Kak Bed cuba dikurangkan..

Pada yang nak menghubungi Kak Bed boleh melalui :
WhatsApp : 017-2015485













Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images