TIPS BAJET RAWAT JERAGAT

8:00 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google



Pasti ramai yang tak selesa kan kalau ada jeragat kat muka?Macam macam dah try sampai dah 'keciwa' jadinya bila tak dapat result yang diinginkan.

Dah labur banyak duit pun ya.Pantang ada produk yang orang kata boleh 'hilangkan' jeragat mesti cuba tapi????

Kali ni Kak Bed nak kongsi tips bajet macamana nak kurangkan jeragat ni.Petua ni hanyalah petua ya,TIADA JANJI boleh kata 'hilang',cuma bila diamalkan selalu boleh dikurangkan warna jeragat tu dan tak terlalu kelihatan di wajah.

Satu peringatan Kak Bed nak bagitau..TIADA 1 pun produk penjagaan muka yang boleh 'hilangkan' jeragat.Hanya LASER je yang boleh hilangkan.Tapi 'risiko'? Kak Bed rasa ramai yang tahu kan?So tak perlu Kak Bed jelaskan kat sini.

Bagi yang nak tau detail pasal jeragat boleh klik SINI..Kak Bed pun ada kongsi macamana nak cari SPF yang sesuai.Ada cara macamana nak kira dia.Klik DI SINI.

Okay,Kak Bed share sikit petua petua yang biasa Kak Bed amalkan.Ada banyak petua sebenarnya tapi 2 ni Kak Bed paling suka buat.Best!!

1) Tips 1


Bahan bahan :
1) Jus lemon setengah cawan
2) Oat - setengah cawan
3) Serbuk kunyit - setengah sudu teh

Cara cara :
- campurkan semua bahan bahan ni dalam mangkuk kecil.Gaulkan.Kalau lemon jus tak cukup boleh perah sikit lagi
- sebelum sapu kat muka pastikan cuci dulu muka.
- lepas tu keringkan dan sapu campuran tadi seluruh muka.(sapuan macam buat scrub)
- biarkan 10 15 miniit
- bilas dengan air suam

Kesan :
* Lepas bilas memang akan rasa kulit lebih segar dan tegang
* Akan nampak kulit lebih cerah (radiance)
* Kulit lebih licin

2) Tips 2


Bahan bahan:
1) Sepotong betik masak - sejukkan dalam peti seketika dan hancurkan
2) Oat - setengah cawan

Cara cara :
- campurkan kedua dua bahan dalam mangkuk kecil
- sapu seluruh wajah dengan cara scrub
- biarkan 10- 20 minit.
- bilas dengan air suam

Kesan :
* boleh nampak kulit jadi cerah
* kulit lebih sejuk
* terasa lembap sangat
* kulit rasa lebih licin

Boleh cuba salah satu tips di atas tu.Kak Bed paling suka buat tips no 2.Sejuk,lembap dan segar sangat kulit.

Apa pun Kak Bed mohon maaf sebab tak dapat nak bagi pic masa tengah pakai masker tu atas sebab sebab aurat ya.Harap semua faham.

Tapi Kak Bed boleh share pic sebelum amalkan dan selepas amalkan petua ni.

PERINGATAN!!!Ini bukan lepas sekali pakai ya..huhuhu..Jadikan amalan setiap minggu ya..


So??Selamat mencuba semua.Nak hubungi Kak Bed boleh pm kat :

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485



You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images