SPF - ATASI MASALAH JERAGAT

7:30 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a,k.a Kak Bed
Imej : Carian Google




Rujuk pada post sebelum ni Apa Itu Jeragat (Pigmentation) kita tahu punca utama masalah ini adalah SINARAN UV.

Sinaran UV ni ada beberapa jenis bergantung kepada peratus yang sampai ke bumi.Biasa kita dengar UVA dan UVB.Jangan tak tau UVC pun ada.HAhaha..

Tapi UVB la paling sinonim dengan pendengaran kita semua.

UVA(Ultra Violet Aging) ialah lebih kepada sinaran yang menyebanbkan proses penuaan cepat berlaku sekiranya tiada langkah langkah pencegahan.Manakala UVB (Ultra Violet Burning) adalah sinaran yang boleh menyebabkan kulit bertukar kemerah merahan dan selepas itu akan nampak lebih gelap berbanding warna kulit yang asal.

Nak pergi berkelah ke,berenang ke,melancong ke atau aktiviti aktivit yang amat terdedah dengan cahaya matahari biasanya kita akan dicadangkan pakai Krim Pelindung Sinaran Matahari (SunBlock).

Sunblock atau secara ringkas kita sebut SPF adalah Sun Protection Factor.Ia mengandungi peratusan yang berlainan bagi setiap krim mengikut keperluan aktiviti harian.

Krim SPF yang ada UVB lebih melekit berbanding krim yang mempunyai faktor UVA.Sebab tu SPF krim ni ada 2 jenis - chemical (reflect UVB) physical (membenarkan sinaran UV memasuki kulit tapi sinaran yang telah ditapis dan baik untuk kulit).

Kenapa SPF ada banyak no?

Merujuk kepada teori,jumlah masa yang boleh berdiri bi bawah matahari tanpa sunburn(kulit terbakar) dalam jangkamasa yang tertentu.Contohnya SPF 15 akan membenarkan kita berdiri @ terdedah dengan cahaya matahari 15 kali lebih lama berbanding tidak memakainya.

Kulit kita mula memberi tindak balas kepada sinaran UV selepas 10 minit di bawah pancaran cahaya matahari.



BAGAIMANA NAK KIRA SPF YANG PATUT PAKAI??

Kulit beri tindak balas selepas 10 minit terdedah cahaya matahari.

Oleh itu :
Jumlah minit terdedah / 10 minit = Jumlah SPF yang perlu pakai

Katakan 3 jam (keluar masuk office ke,keluar masuk rumah ke - total dia)

3 jam x 60 minit ( 1 jam = 60 minit) = 180

Oleh itu:

180 minit/ 10 minit = 18

Jadi kita perlu pakai SPF 18.Jika tiada cari NILAI LEBIH yang terdekat.Jangan pakai SPF 15!!Tak cukup

Setakat ni faham tak?

Kak Bed rumuskan paling ringkas dah ni.Senang nak faham.Kalau yang Kak Bed belajar dulu dan hasil google menggoogle memang pening nak huraikan sebab terlalu saintifik.Hahahaha

So kalau nak pergi piknik ke,berenang ke HARUS guna SPF yang tinggi sebab keadaan terdedah yang melampau tu memang memerlukan SPF yang tinggi.

Biasanya kena apply setiap 4 jam sekali terutama kalau berenang.Kalau tak kulit kita akan terbakar habis habisan!!

Mesti tak nak kan?

So,sekarang ni dah tau kan boleh lah mula amalkan.

Surirumah jangan ingat boleh lepas ye..Huhuhu..WAJIB pakai walau dalam rumah sebab cahaya UV ni boleh menembusi mana mana tempat pun dalam rumah tu.Kena percaya sebab dalam sains kita ada TEORI KELAJUAN CAHAYA ini.

Dan sains itu pun hasil daripada kajian ilmuwan ilmuwan Islam yang terdahulu juga.Cuma banyak di kaji oleh masyarakat Barat.

Percayalah,Allah dah jadikan aturan kehidupan ini indah dari sekecil kecil zarah sehingga lah sebesar besar gajah tu.

Kalau kita selidik sains tu kan,semuanya datang dari susun atur indahnya perancangan Allah.Sangat SEMPURNA.

Bayangkan,kulit kita ni senipis sehelai kertas tapi ada 3 bahagian utama di situ - Epidermis,Dermis,Hypodermis.

Ada pula sel sel yang saling melindungi satu sama lain.Seperti pernah Kak Bed kupas sebelum ni kan bagaimana jeragat terjadi?

Sel melanocytes mengeluarkan cecair keperangan yang di panggil melanin untuk melindungi sel nukleus daripada kerosakan akibat terkena cahaya matahari.Bila dah biasa tak pakai SPF,itu akan menyebabkan cecair melanin semakin banyak dikeluarkan.

Jadi semakin perang dan hitamlah di permukaan kulit kita dan itulah yang kita panggil JERAGAT.

Lihat,sapa cakap jeragat 'jahat'??Hahaha

Jadi sekarang dah dapat ilmu kan?Sekaranglah masa untuk kita bersama sama manfaatkan ilmu ini.

Cukup setakat ini dulu.Kalau nak ber'ukhwah; dengan Kak Bed jangan lupa hubungi di:

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485











You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images