KALORI DAN KURUS

8:30 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi Peribadi dan carian Playstore

Pernah dengar tak saranan pakar pemakanan sebelum ini yang sarankan kepada sesiapa yang ada keingingan nak kurus makan sekurang kurang 5-7 kali sehari?

Wahh..'banyak kali' makan tu.Boleh kurus ke?

Jawapannya "YA"!

Tapi harus di ingat kuantiti (portion) makanan yang di ambil tu tidaklah 'menggunung' banyaknya.Sarapan adalah WAJIB.Ini bagi mengelakkan kita berasa lapar yang terlampau pada waktu tengahari.

Sekiranya jatuh ke tahap 'kelaparan' maka kuantiti untuk makanan tengahari akan menjadi tidak terkawal.Senggang waktu amalkan minum air putih kosong.

Kak Bed ada terbaca (tapi tak ingat web or blog mana.Kalau tidak boleh bagi link di sini),kalau kita nak kurus cepat kena minum air 1 liter untuk setiap 20kg berat kita.Jadi,kalau berat 60kg kena minum air putih 3 liter.Baru cepat nampak kurus.

Tak perlu tunggu dahaga baru nak minum air ini.Selang setengah jam,minum segelas.Kena amalkan.

Kak Bed juga tertarik dengan nilai kalori.Sebab kalau kita tau berapa nilai kalori yang perlu kita ambil setiap hari,kita juga akan tahu berapa nilai kalori yang perlu di bakar.Ia akan sangat membantu dalam proses diet ini.

Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori masing masing.Tapi sekiranya kita tidak tahu,bagaimana pula nak mengawal kuantiti makanan yang di ambil setiap hari kan?Paling penting dalam diet ni ELAKKAN minuman berkarbonat (air gas).

Nak mengira kalori ni memang Kak Bed tak habis khatam lagi.Baru berjinak jinak nak belajar.Namun di sini Kak Bed ada penyelesaiannya.

Cuma download,lepas tu register dan akan mendapat access bagaimana nak mengira atau memantau pengambilan kalori setiap hari.Amat mudah.Kepada yang memang ada pasang impian nak kurus WAJIB DOWNLOAD MyNutrisiDiary di aplikasi Playstore.







Hasil selepas 2 hari.Kak Bed baru start 1 August 2015.Lihat foto ini :






Sasaran Kak Bed 1 bulan 5 kilo turun.Jangan lupa tambahkan rutin senaman dalam program diet ni.Ia akan membantu proses diet berjalan dengan lebih cepat.

Akhir sekali selamat maju jaya untuk semua..Sehingga ketemu lagi di entri akan datang.Hubungi ;

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485

You Might Also Like

1 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images