JELLY BUAH NAGA

1:16 PM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi Peribadi



Kak Bed nak share resepi khusus untuk mereka yang dalam plan diet.Resepi ini rendah kalori.Jangan bimbang.

Kak Bed dapat resepi ni lepas download aplikasi MyNutrisiDiary.Dah cuba buat memang sedap.Kalori sangat rendah.

1 hidangan = 40 kcal sahaja.Boleh 4 kali makan sebab Kak Bed asingkan dalam 4 bekas.Walaupun Kak Bed habiskan semua sekali kalori cuma 40 kcal sahaja.Best kan?

Okay.Ini resepinya :

Bahan bahan:

* 10 gram serbuk agar agar
* 4 sudu besar gula pasir (Nak manis boleh letak lebih.Tapi nak diet kena kontrol jumlah gula)
* 1 biji buah naga - di kisar
* 1.4 liter air = 6 gelas (Kak Bed suka agar agar yang sedikit lembut.Kalau suka jenis keras 5 gelas cukup)
* daun pandan - untuk wangi

Cara cara :

1) Masak gula dan air hingga mendidih
2) Kisar buah naga dengan air yang telah disukat tadi - ambil dalam 2 gelas.Setelah kisar campurkan dalam air gula tadi
3) Masukkan daun pandan dan serbuk agar agar.Kacau sehingga mendidih
4) Angkat dan tuangkan dalam acuan kegemaran.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Hidangan jelly ini sangat TINGGI dengan Vitamin C dan Serat.

Proses Memasak
Hasilnya..berkilat kilat tau.Yummy..








Cubalah.Pasti tak menghampakan.Sedap sangat.Sesiapa yang dah cuba nanti jangan lupa share dengan Kak Bed ye melalui medium:
atau
WhatsApp : 017-2015485

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images