CARA KIRA KALORI

3:30 PM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Kredit : Cekodok.com

Siapa cakap orang yang dalam proses diet 'ikat perut'?Kontrol makan?Tak boleh makan sedap sedap?

100% SALAH.

Kita tak perlu kontrol makan tapi kita kena jaga pemakanan kita.Maksudnya kita boleh makan apa sahaja asalkan kita tahu jumlah kalori yang di ambil tak melebihi untuk keperluan tubuh kita setiap hari.


Macamana nak kita kalori?Boleh dapatkan penjelasan penuh DI SINI.Namun secara ringkas Kak Bed huraikan di bawah ni:

BAGI LELAKI :

BMR : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x ht dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

BAGI WANITA:

BMR : 655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x ht dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)



BMR(Basal Metabolic Rate) ini adalah  jumlah tenaga yang anda perlukan untuk mengekalkan kehidupan anda. Ini termasuk pernafasan,organ-organ dan segala-galanya yang diperlukan oleh badan.

Dah dapat jawapan daripada kira kira di atas tu,kemudian tengok pula tahap keaktifan kita sehari hari dengan Multiplier Activities:

Sederhana = BMR x 1.2 (senaman atau tidak, kerja meja)

Sedikit aktif = BMR x 1.375 (senaman ringan / sukan 1-3 hari / minggu)

Agak aktif = BMR x 1.55 (senaman sederhana / sukan 3-5 hari / minggu)

Sangat aktif = BMR x 1,725 (latihan keras / sukan 6-7 hari / minggu)

Tambahan aktif = BMR x 1.9 (senaman keras setiap hari / sukan & kerja fizikal atau latihan 2 x sehari)

Bila dah tahu BMR dan tahap aktif  kita jadi boleh kira DCR (Daily Calorie Requirement) pula.

Contoh Kak Bed la :

Umur : 36 
Tinggi : 161 cm
Berat : 70 kg (dalam proses diet sihat ye..huhu)
Multiplier Activities : Sedikit aktif 1.375

Kiraan :

655 + (9 .6 x 70kg) + (1.8 x 161 cm) - ( 4.7 x 36 tahun) = 1447.60kcal

DCR (Keperluan kalori)  : 1.375 x 1447.60 = 1990.45kcal sehari

Maknanya Kak Bed tak boleh melebihi piawaian yang ditetapkan.So macam mana nak dapatkan panduan nilai kalori makanan boleh KLIK LINK INI  untuk dapatkan cara bagaimana nak download aplikasi mengira kalori setiap makanan yang di ambil.

Lepas downoad aplikasi ini maka Kak Bed mencuba resepi baru sebab Kak Bed sangat sukakan jelly(agar agar).KLIK DI SINI untuk resepi Jelly Buah Naga.

Lepas dah pandai kira kalori ni jadi tambah bersemangat pula.Jom diet sihat bersama Kak Bed :

WhatsApp : 017-2015485


You Might Also Like

1 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images