YEAY!MAMA SUDAH RESIGN - DARI PERSPEKTIF KAK BED

10:22 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi ABDR dan peribadi



"Nanti Hariz tinggal dengan Mak Long.Hariz tau tak,bila mama dah kerja,mama banyak duit.Kita boleh pergi tidur hotel ada kolam,boleh beli mainan dan aiskrim."

"Tak nak!!!!Mama tak payah kerja.Mama jaga Hariz,biar papa sahaja kerja.Hariz mahu duduk dengan mama di rumah".- Ayu Rashid

Runtun benar hati Kak Bed bila membaca pengalaman Puan Rahayu Rashid.Nak habiskan ebook Yeay!!Mama Sudah Resign ni agaknya boleh sebaldi airmata kalau di tadah.

Bukan mudah sebenarnya nak tinggalkan anak anak di bawah jagaan orang lain walaupun keluarga sendiri.Bukan tak percaya akan tahap penjagaan tapi bila memikirkan emosi anak anak memang Kak Bed terkesan sangat sangat.

Membaca ebook ini membuatkan Kak Bed tersedar akan emosi sebegitu.Bukan tak sedar selama ini tapi pembacaan kali ini bukan sahaja Kak Bed baca dengan emosi malah perancangan.

Anak anak Kak Bed di bawah jagaan ibu Kak Bed nun jauh di Kelantan.Bukan niat nak membebankan ibu tua itu namun beliau sendiri hilang kepercayaan dengan pengasuh selepas insiden 2010 dahulu.

Biarlah Kak Bed coretkan sedikit sekadar untuk renungan semua.

Kak Bed pernah kehilangan seorang puteri yang memang di tunggu tunggu kelahirannya.Maklumlah,sebelum ni ada 2 hero,jadi bila tau baby 'gegel' ni perasaan happy tu semacam!26 June 2009 beliau dilahirkan.

Pemergian beliau di saat usianya hampir mencecah setahun.22 April 2010 tarikh beliau pergi menghadap sang Pencipta.Walau sarat seribu pertanyaan,namun kami redha.Mungkin ramai yang berkata betapa tabahnya kami sekeluarga sehingga tak buat report (arwah meninggal di bawah jaggan pengasuh) namun remuk rendam hati kami hanya Allah yang tahu.

Biarlah apa orang nak kata.Yang pasti kami tak sanggup menambah 'penderitaan' kepada arwah.Biarlah dia bersemadi dengan tenang.

Arwah Nur Yamni Arissa


Rentetan peristiwa itu,2 orang abang abangnya,Muhammad Yaumil Asyraf dan Muhammad Yaumil Adam di jaga oleh nenek mereka sehingga kini.Bila dapat anak ke 4 memang Kak Bed nak resign namun bila memikirkan komitmen terpaksa dilupakan.Sementelah dapat pula sahabat baik untuk menjaga baby masa tu,Kak Bed bersyukur sangat sangat.

Sehingga usia Muhammad Yaumil Adeef menjangkau setahun lebih,sahabat baik Kak Bed terpaksa kerja atas tuntutan keperluan kehidupan.Redha dengan keadaan,selepas berbincang maka si kecil itupun sekarang ini membesar bersama abang abangnya.

Bila difikirkan balik,betapa ruginya Kak Bed.Kak Bed 'hilang' kenikmatan dengan si paling kecil ini.Namun setiap bulan pasti Kak Bed balik untuk melepaskan rindu dengan anak anak di kampung.Jarak 400-500 kilometer terasa bagai sejengkal dek kerana ulang alik.

Yaumil Brother's


Kini,Kak Bed yakin untuk meneruskan niat bergelar surirumah.Tapi kali ini dengan ilmu.Langkah pertama Kak Bed susun MATLAMAT.Diikuti PLANNING.

Ebook Yeay!!Mama Sudah Resign ini banyak memberi Kak Bed sumber inspirasi.

Langkah pertama sudah dimulakan.Kini terus megorak langkah bagi membiasakan diri dengan ruangan comel ini bagi memastikan Kak Bed komited dengan apa yang dilakukan.









Terima kasih en Asben sebab 'bergotong royong' memasang meja tulis ini untuk ruang 'office' Kak Bed dalam rumah comel ini.

Yang berlalu tak perlu di kenang sangat.Biarlah memori yang menjadi pelepas rindu kami dengan arwah.Hidup harus diteruskan demi kelangsungan Yaumil Brother's pula.

Moga Allah merahmati niat dan keingingan Kak Bed ini.

Terima kasih untuk Puan Masayu Ahmad kerana menulis buku ini.Salam sayang juga buat Puan Rahayu Rashid atas perkongsian.Juga tahniah kepada ahli ahli ABDR yang lain.Terima kasih  Cikgu Zaila Mohamad atas tunjuk ajar.

Nak bersama sama dengan Kak Bed dalam menjalin ukhwah sesama kita,hubungi :

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images