CARA KIRA ZAKAT EMAS

12:00 PM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google





Minat 'gila' dengan emas?Setiap bulan 'MESTI BELI PUNYA'?Alhamdulillah..Bagus sangat sangat sebab emas ini adalah logam yang paling utuh nilainya.Takde terkesan nilai inflasi ke,kurang harga sebab rupa bentuk ke..Tiada kena mengena dengan semua itu.Selagi ia bernama emas dan tulen memang tetap berharga.

Kak Bed memang sarankan sangat untuk menyimpan emas ni.Tak kira student ke,tua muda,ada lebih tunai beli emas dan simpan.Sekurang kurangnya nilai emas ada peningkatan sehingga 20% - 30% setahun berbanding nilai wang kertas yang boleh terkesan dengan inflasi jumlah peratusan yang sama dengan peningkatan nilai emas.Tapi ia adalah penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia.

Namun,sebagai penyimpan emas satu tanggungjawab besar jangan lah pula dilupakan ya.BAYAR ZAKAT bila cukup NISAB & URUF.

Apa itu NISAB & URUF?

Zakat ni ada 2 iaitu ZAKAT FITRAH yang kita WAJIB bayar di bulan Ramadhan dan sebelum menjelang Syawal.Nilai zakat fitrah dah ditetapkan mengikut negeri.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu"
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat Emas ni tergolong dalam ZAKAT HARTA.Kita wajib mengeluarkan zakat bilamana kita WAJIB keluarkannya.

Zakat emas ini di kira dalam 2 keadaan.

1)EMAS YANG TIDAK DI PAKAI ( DI SIMPAN)

Emas yang tidak di pakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau di pakai walaupun sekali dalam setahun.
Jika nilai emas yang di simpan menyamai atau melebihi 85 gram (NISAB) maka WAJIB keluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5%.

Sebagai contoh:

Ameera ada menyimpan sejumlah kepingan emas yang beratnya 96 gram.Nilai semasa adalah RM 160 segram.

Kiraan :

96 gram x RM 160 x 2.5%
96 x 160 = RM 15,300 x 2.5%
               = RM 384 adalah jumlah zakat yang WAJIB dikeluarkan oleh Ameera

2) EMAS YANG DI PAKAI

Emas yang di pakai sebagai perhiasan sekali sekala ataupun secara berterusan dalam tempoh setahun TIDAK WAJIB dikeluarkan NAMUN jika gram emas itu melebihi uruf maka lebihan itu WAJIB ZAKAT.

Uruf ditetapkan mengikut negeri :

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
  1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
  2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
  3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
  4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
  5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
  6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
  7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
  8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
  9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
  10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
  11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
  12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
  13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
  14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008) 
Macamana nak kira uruf ini?

Sebagai contoh kita ambil cara pengiraan negeri Selangor.Nilai uruf ditetapkan adalah 800 gram.Bermaksud sekiranya nilai berat emas yang kita pakai tidak melebihi 800 gram maka tidak perlu mengeluarkan zakat.

Namun sekiranya jumlah gram yang kita ada melebihi dari nilai uruf tersebut maka lebihan tersebut wajib kita keluarkan zakat.

Contoh :

Ana memiliki 960 gram barang emas yang di pakai olehnya.Nilai semasa adalah RM 160

Kiraan :

960 gram - 800 gram x nilai semasa x 2.5%
= 160 gram x RM 160
= RM 25,600 x 2.5%
= RM 640 jumlah zakat yang WAJIB dikeluarkan Ana

Bagi negeri Melaka dan Sabah yang menetapkan uruf dari nilai iaitu RM 5000,cara kiraan adalah :

Gram emas x Nilai semasa - RM 5000 x 2.5% = Jumlah zakat yang wajib di bayar.

Bagi negeri Kelantan tiada uruf ditetapkan.Maknanya emas yang di pakai oleh wanita wanita yang tinggal di Kelantan tidak dikenakan zakat.Ini menjawab kenapa saya lihat majoriti wanita Kelantan pasti ada emas di badan.Hehe

Kak Bed pun Mek Kelate tapi menetap di Lembah Klang.Dulu tak suka emas,sekarang dah mula menabung emas.

Tak kiralah di mana kita berada,bila mana sudah cukup haul dan nisab kita WAJIB keluarkan ZAKAT EMAS tersebut.

Ekonomi tengah tak bagus sekarang ni,jadi marilah kita pakat simpan dan membuat tabungan emas.Jangan tunggu jadi seperti di Greece.Waktu tu duit di bank pun tak boleh ambil dah.

Nak bermula menyimpan ini tak perlu dengan modal ribu riban.Serendah RM 100 sebulan (nilai emas untuk 0.5 gram pada artikel ini ditulis) pun boleh bermula buat simpanan.

Boleh hubungi Kak Bed kalau nak bermula.

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email :puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015487

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images