EMAS - KENAPA PERLU SIMPAN?

8:00 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi Peribadi

Salam penghujung Ramadhan.Makin dekat nak raya makin ramai pula yang bertanya pasal emas.Tak kurang juga yang komplen :


Entri kali ini Kak Bed cuma nak kongsi PENTING untuk kita tahu MENGAPA perlu ada simpanan emas ni.Bila dah tahu MENGAPA mesti tak akan ada komplen macam di atas tu lagi.

Nilai emas tidak ditentukan oleh Ringgit Malaysia.Ia bergantung dengan matawang Dolar Amerika.Sekiranya USD jatuh,masa tu emas akan melonjak naik.RM pula di tukar kepada USD biasanya nilainya akan berkurangan dari segi nilai RM yang di tukar tadi.

Jadi tidak benarlah harga emas based kepada RM seperti yang di komplen oleh si komplen.

Emas ini adalah ASET.Sama macam rumah,tanah,kereta.Cuma jenis jenis aset ni berlainan dari segi kegunaan dan kelebihannya.

Nak dapatkan aset ni memang tak dinafikan menggunakan wang kertas.Tapi bila dibandingkan aset aset di atas emas adalah aset yang paling bernilai.Kenapa?

Duit beli rumah/Tanah.Ada bencana alam seperti banjir.Rumah hanyut,tanah tenggelam terus jadi tasik.Itu risiko kan?Habis tu kenapa masih nak beli rumah/tanah?Sebab ia pelaburan jangka panjang cuma sebagai manusia kita tak boleh nak menjangkakan perancangan oleh-Nya.

Duit kertas beli kereta,lepas 10 tahun adakah value dia semakin tinggi atau menurun?Ending kereta tu nanti selepas 15-20 tahun di kilang besi buruk la jawabnya.Risiko juga kan?Tapi kenapa nak beli kereta?Sebab ia adalah satu aset yang memudahkan pengangkutan kita sehari hari.

Kenapa pula bila tiba bab beli emas untuk menggantikan simpanan wang fiat di bahas?Sampai ada yang komplen tak boleh nak makan minum la sebab simpan emas dan tiada duit kertas nak membeli.MasyaAllah.Begitu negative terhadap kepentingan emas kan.

RM adalah matawang yang digunakan di Malaysia.Nilai duit fiat ini adalah ditentukan oleh sesebuah kerajaan/negara.Kalau dinilaikan duit fiat RM 100 untuk sekeping roti canai,maka sekeping roti canai itu RM 100 la harganya.Contoh yang simple.

Kak Bed share sikit MENGAPA perlu simpan EMAS.

EMAS ADALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR

* Emas mula menjadi sebagai penyimpan kekayaan semenjak turun temurun (Emas sebagai matawang mula digunakan sejak zama Firaun lagi)

* Emas tak boleh dibinasakan dan tahan lasak.Wang kertas amat mudah dimusnahkan.Bila dah musnah hilang habis nilainya.

* Mudah dibahagikan kepada bahagian bahagian yang lebih kecil tanpa menjejaskan nilainya.Walau di potong,di bakar malah dihancurkan sekalipun sampai jadi debu,namun nilainya tetap kekal walau bentuk fizikalnya berubah rupa.

* Emas sukar diperolehi berbanding duit fiat.Duit kertas ni boleh cetak banyak banyak dan bila bila masa sahaja.Sebab tu nilai wang kertas mudah dimanipulasi.




Oleh itu,nasihat Kak Bed - peruntukkanlah satu pertiga pendapatan kita semua untuk membeli dan meniympan emas.Sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Nak order emas berbentuk DINAR dan GOLDBAR boleh hubungi Kak Bed di :

Fanpage : SitiBed GoldSaver
WhatsApp : 017-2015485




You Might Also Like

2 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images