RAHSIA KEKAL LANGSING DI HARI LEBARAN

12:30 PM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Google

Biasanya kalau mood nak raya ni,bagi mereka mereka yang berdiet Yo-Yo mesti ke laut orang kata.Sapa yang tak kuat memang tak dapat menahan 'gelora nafsu' melihat makanan.Selagi boleh muat 'tangki' selagi tu muat.

Banyak beralasan.nanti tuan rumah terasa kalau tak jamah.Tapi sekali menjamah,kalah Mak Bedah.Hihihi..

Ada pula yang berkata,musim perayaan macam ni memang susah untuk elakkan diri daripada makan makanan yang tinggi kandungan gula,garam dan lemak.Pasti ini memberikan cabaran yang amat 'seksa' sekali kepada yang menghidap kencing manis,darah tinggi dan juga obesiti.

Sempena Lebaran yang bakal menjelma sehari dua ni,Kak Bed nak kongsi Rahsia Kekal Langsing sepanjang raya ni.Amat mudah dipraktikkan.

ALAS PERUT SEBELUM KELUAR BERAYA

* Kekalkan momentum anda semua dengan terus mengamalkan makan buah buahan ,kekacang,dalam menu sarapan.Ini dapat mengelakkan anda makan terlalu banyak pada waktu tengahari dan petang.
* Mulakan sarapan anda dengan 2 gelas air suam dan jus buah yang di perah sendiri.- Bila dah minum banyak,secara automatik anda akan kurang makan sebab dah kenyang.

ELAKKAN MAKAN BERLEBIHAN
* Ingat pepatah ini:
 
   Makan untuk hidup,
   Bukan hidup untuk makan.

* Jika anda mengambil makanan dan minuman yang berlebihan,maka timbunan lemak semakin bertambah dan tak sempat untuk dibakar kerana senggang masa dari rumah ke rumah memang tak sempat membakar lemak yang masuk tadi.
* Kalau tak kontrol,jangan terkejut selepas raya berat anda akan naik secara drastik.

PILIH MAKANAN DENGAN TEPAT
* Elakkan makanan yang bergoreng dan bersantan.
* Nak makan rendang pastikan tiada lemak di bahagian daging atau tiada kulit bagi ayam.
* Pilih makanan yang rebus,panggang atau kukus.

BANYAK MINUM AIR PUTIH
* Bukan saja di hari lebaran nak kena minum air putih lebih,tapi hari hari biasa pun kita digalakkan untuk minum air putih ni.
* Setiap 20kg berat kita,kena minum 1 liter air.Baru cepat langsing.


SEDIKIT TAPI KERAP
*Kena disiplinkan diri.Macam hari biasa kita digalakkan ambil 5 kali sehari makanan tapi dengan portion yang sedikit.
* Elakkan portion yang besar sekali makan.Ini akan membuatkan berat bertambah dengan cepat.

MAKAN PERLAHAN LAHAN
* Bukan sahaja di hari lebaran kena amalkan cara pemakanan perlahan lahan ini,malah harus diteruskan sampai bila bila
* Rasulullah S.A.W pun galakkan kita untuk mengunyah makanan selama 44 kali sebelum telan kan.Cubalah.Memang cepat kenyang.

MINUM TEH HIJAU
* Teh hijau ni kaya dengan anti oksidan.
* Dapat halang kita untuk makan berlebihan
* Mempercepatkan proses metabolisma.

Sebut pasal teh hijau ni,Kak Bed memang sarankan ambil GC Tea.Teh keluaran Rashwealth ni mampu untuk mengawal gula dalam darah seterusnya mendapatkan tubuh langsing menawan.






Nak tahu pasal GC Tea KLIK DI SINI.

Pesanan Kak Bed,kuatkan disiplin dalam musim perayaan ini sebab kalau tak kuat,semua tips kat atas tu langsung tak memberi manfaat pun.

Sekian untuk entri kali ini.Selamat Hari Raya.

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Fanpage : SitiBed GoldSaver
WhatsApp : 017-2015485





You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images