KENALI JENIS KULIT WAJAH

12:46 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google




Kulit adalah organ yang terbesar dan terpenting manusia.Bahagian yang paling di beri perhatian oleh wanita adalah wajah.Maka tidak hairanlah kalau ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik dan anggun.

Tips paling penting untuk memilih produk kecantikan adalah kenali jenis kulit wajah terlebih dahulu.

KENAPA PERLU KENALI JENIS KULIT WAJAH??

Untuk mendapatkan kulit yang cantik,halus,gebu dan sihat kita perlu ketahui dahulu jenis kulit wajah supaya memudahkan kita dalam memilih produk kecantikan dengan betul.Proses ini amat penting agar kita tidak silap memilih produk kecantikan dan seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan untuk kosmetik.

Apabila kita sudah kenal akan jenis kulit wajah,maka ini akan melancarkan proses pencarian produk yang sesuai mengikut jenis kulit wajah dan kondisinya.Maka amat mudah bagi kita untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.

Mengenali dengan lebih terperinci jenis kulit wajah ini akan menjadikan kita lebih arif dalam memilih produk kecantikan dengan betul.Seterusnya dapat menjimatkan kos kerana dapat mengelakkan kerosakan kulit akibat pemakaian produk yang salah.


Kulit wajah mempunyai 4 jenis yang utama,iaitu:

  1. KULIT NORMAL
  2. KULIT BERMINYAK
  3. KULIT KERING
  4. KULIT KOMBINASI


Kebolehan untuk mengenal pasti 4 jenis kulit wajah di atas dengan berkesan sangat membantu dalam proses pemilihan produk kecantikan dengan betul.Jenis kulit yang berbeza mempunyai tekstur dan ciri-ciri yang berbeza.Rejim penjagaan kulit dan juga pilihan kosmetik juga adalah berbeza.

JENIS KULIT WAJAH

KULIT NORMAL



Kulit normal mempunyai keseimbangan yang ideal antara tahap minyak dan penghidratan.Kulit normal sangat jarang boleh didapati terutama apabila meningkat dewasa.Faktor persekitaran dan hormon boleh mengubah jenis kulit normal kepada jenis kulit yang lain.



CIRI CIRI :

Tidak terlalu berminyak atau kering.

Liang roma yang hampir tidak kelihatan

Tekstur kulit yang licin dan lembut.

Tona kulit yang sangat bagus

Solekan lebih tahan lama.

Produk yang sesuai: Pencuci jenis gel atau susu boleh digunakan.Boleh amalkan penjagaan muka yang menjaga kelembapan air dalam kulit.Penggunaan yang teratur boleh melambatkan proses penuaan.

KULIT BERMINYAK



Kulit berminyak adalah kerana lebihan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum(kilang minyak).Kulit berminyak cenderung untuk melawan proses penuaan dengan baik kerana menghalang pembentukan kedutan kulit terutamanya.


CIRI CIRI :

Liang pori yang besar.

Kulit sedikit berkilat(shining) terutama waktu tengahari terutama di bahagian T-Zone dan U-Zone.

Mudah terdedah kepada jerawat.

Blackheads dan whitehead terutama kawasan hidung dan dagu juga pipi.

Solekan tidak tahan lama.

Tona kulit yang tidak sekata.

Kulit sedikit kusam kerana lebihan sebum (minyak).

Produk yang sesuai: Pencuci jenis gel.Toner jenis watery(air).Penggunaan pelembap haruslah yang boleh kontrol pengeluaran sebum.Elakkan produk anti penuaan kerana tekstur produk tersebut lebih pekat dan susah untuk meresap masuk ke dalam kulit dengan baik kerana pengeluaran sebum yang aktif.

KULIT KERING



Kulit kering adalah keadaan kulit yang sangat biasa yang berlaku pada semua peringkat umur. Biasanya, ia tidak mewakili masalah yang serius tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi sukar untuk dirawat.

CIRI CIRI :

Liang pori yang hampir tidak kelihatan

Bila menggunakan pencuci jenis gel,kulit akan merasa lebih ketat selepas pencucian.

Mudah kelihatan garis-garis halus.

Solekan boleh tahan lama.

Mudah mendapat rengsaan (gatal,pedih dan kulit terluka) sekiranya salah pemakaian produk.

Produk yang sesuai : Pencuci jenis susu/cream.Toner yang lebih bertekstur gel.Elakkan pemakaian pelembap yang mempunyai fungsi unutk mengawal jerawat.Pelembap jenis ini akan mengawal minyak dengan sangat baik.Sekiranya anda mempunyai kulit kering,harus elakkan memakai pelembap jenis ini.Gunakan pelembap yang lebih krim teksturnya.

KULIT KOMBINASI



Terdapat 2 jenis kulit kombinasi samada :
  1. KOMBINASI SEDIKIT BERMINYAK – lebihan sebum di T-Zone
  2. KOMBINASI SEDIKIT KERING – kekurangan sebum di T-Zone


CIRI CIRI :

Liang pori sedikit besar,namun lebih kecil berbanding jenis kulit berminyak.

Kadang kadang boleh terdapat masalah blackhead dan whitehead

Sedikit berminyak di kawasan T-Zone

Sedikit kering di kawasan pipi.

Mudah terdedah dengan kemunculan garis-garis halus sekiranya tidak mengamalkan rejim penjagaan muka yang betul.

Produk yang sesuai : Pencuci jenis gel @ susu.Pelembap muka pula,yang mempunyai fungsi mengawal kelembapan air dalam kulit.



Setelah mengenali jenis kulit wajah dengan betul,kita juga harus tahu apakah MASALAH KULIT yang kita hadapi agar dapat membantu kita membuat pilihan dengan lebih tepat lagi.


Kak Bed harap dengan perkongsian ini dapat sedikit membantu dalam memberi panduan bagaimana untuk mendapatkan produk kecantikan yang betul dan memberi kesan yang optimum kepada kulit.
Sukacita boleh hubungi Kak Bed di :
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
Whatsapp : 017-2015485


Kak Bed

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images