KUASA AJAIB TIMUN

8:30 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google dan koleksi peribadi




Kak Bed pernah buat survey sendiri di kalangan sahabat sahabat Kak Bed mengenai timun ini.Survey lebih tertumpu “Siapa suka makan timun?”10 orang Kak Bed survey,semuanya suka makan timun sebab timun ini bersifat rangup dan sangat juicy.

Tahu tak timun adalah ahli keluarga tembikai.Timun digunakan untuk tujuan yang berbeza kerana boleh dimakan mentah atau dimasak dan juga boleh digunakan dalam penjagaan kosmetik.Ini kerana timun mempunyai sifat-sifat yang menenangkan dan melembutkan kulit.

Kak Bed nak kongsikan kelebihan timun ini dalam kegunaan kosmetik.

Timun ini kaya dengan anti oksida.Sebenarnya tubuh manusia mempunyai fungsi sistem perlindungan sendiri,namun semakin meningkat usia,faktor ini semakin berkurangan.Justeru itu tubuh tidak lagi dapat melawan proses pembentukan kedutan(wrinkles) dan melindungi daripada kerosakan kulit akibat sinaran matahari.

Dalam kes ini,timun boleh membantu kerana ia mengandungi anti oksida dan kulit berupaya untuk menyerap anti oksida tersebut.Malah timun ini juga adalah sumber untuk melawan keradangan kulit dan penuaan.

Sangat kaya dengan vitamin C.Malah juga mempunyai banyak vitamin K yang dapat melawan lingkaran hitam di bawah mata. Inilah sebabnya mengapa beberapa keping timun diletakkan di atas mata yang letih dan bengkak untuk membuatkannya kelihatan lebih segar.




Asid Pantothenic, atau vitamin B-5, adalah satu lagi sebatian yang dijumpai di dalam timun yang membantu kulit dalam mengekalkan kelembapan. Vitamin A, atau retinol dalam timun mampu melawan jeragat kerana ia membantu mengawal pengeluaran melanin.

Amalan pemakaian timun sebagai bahan kosmetik boleh memberikan kesegaran pada wajah,menambah keserian,melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

Di sini Kak Bed nak kongsi sedikit petua bagaimana dapat mengembalikan kesegaran wajah dengan timun ini.

Bahan bahan :



1) 2 sudu timun yang telah di parut.Pastikan parutan sangat halus
2) 2 uncang Green Tea – keluarkan dari uncang dan ambil serbuk sahaja

Cara cara :
~ Satukan semua bahan bahan dan simpan dalam peti ais selama ½ jam.
~ Keluarkan dari peti sejuk dan sapukan terus pada muka.Lakukan dalam posisi baring supaya air timun itu tidak meleleh
~ Biarkan selama 30 minit dan buang parutan timun dan green tea tadi.
~ Pastikan bilas dengan air sejuk
~ Keringkan dan boleh teruskan dengan pemakaian rutin harian yang lain.
~ Seeloknya lakukan di waktu malam

Hasilnya:
~ Kulit lebih segar
~ Lebih nampak bermaya
~ Nampak lebih berseri dan cerah (radiance)

Kak Bed hanya berkesempatan buat 2 kali sebulan sahaja kerana kekangan masa dan tuntutan kerja.
Kalau rajin mesti hebat hasilnya.

Nak cantik ini tak semestinya semua produk yang digunakan kena mahal mahal harganya.Apa yang penting kita tahu apa yang diperlukan oleh kulit kita dan bagaimana produk yang kita gunakan boleh memberikan kesan yang kita inginkan.

Kak Bed harap dengan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.Kak Bed cuma share apa yang Kak Bed tahu dan praktikkan sahaja.

Kalau nak tahu set lengkap skincare apa yang Kak Bed pakai boleh hubungi di :

WhatsApp : 017-2015485



You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images