JERAWAT – PENYAKIT ATAU GANGGUAN KULIT??
8:30 AMTeks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google dan Koleksi Sendiri
Kita pasti pernah hadapi masalah
jerawat ini walaupun hanya sekali seumur hidup kan?Tau tak di Amerika
Utara,lebih 17 juta individu dilaporkan mengalami masalah jerawat dan
jumlah itu melebihi ½ dari jumlah penduduk di Malaysia.
Manakala statistik individu yang
menghadapi masalah jerawat di Malaysia sendiri ialah 8 dari 10 rakyat
Malaysia pernah mengalami masalah jerawat seumur hidup mereka.
Rasa sedih,tak yakin nak
bergaul,stress,kecewa dan kadang kadang terasa macam diri
diperhatikan oleh seseorang gara gara jerawat walaupun yang naik itu
hanyalah sebiji sahaja!Bayangkan kalau banyak,pasti emosi sedikit
terganggu.Lagi sadis,kalau jerawat juga naik di bahagian belakang dan
decollete (kawasan di antara leher dan dada).
Namun apa itu jerawat?Bagaimana ianya
terjadi?
Secara saintifik jerawat lebih dikenali
sebagai Vulgaris.Ia merupakan penyakit kulit.Terdapat dalam 2 bentuk
utama yang berkemungkinan samada gangguan ataupun penyakit iaitu:
1)Non-Inflammatory (Bukan Radang -
Gangguan)
2)Inflammatory (Radang - Penyakit)
Biasanya banyak terjadi apabila
seseorang itu meningkat remaja.Dalam proses tumbesaran manusia,akan
berlaku beberapa perubahan yang tidak dapat dielakkan.
Apabila seseorang itu sampai masa akil
baligh, ia akan menghasilkan hormon-hormon tertentu di dalam
badannya. Di mana setiap remaja akan menghasilkan lebihan sebum dalam
kelenjar yang dikenali sebagai 'OIL GLAND' yang terletak di bahagian Dermis Kulit
Apabila
rembesan(pengeluaran) sebum terlalu aktif,maka ia tidak dapat
dikeluarkan dengan baik terus ke permukaan kulit.Apabila keadaan ini
terjadi,ia akan tersumbat dan menjadi kering dalam liang pori.
Ini akan
menyebabkan minyak yang kering itu boleh melekat bersama sama dengan
sel kulit mati yang terdapat dalam liang pori.Seterusnya boleh
menyebabkan 2 masalah di permukaan kulit iaitu Whitehead(Closed pore)
dan Blackhead (Open pore).
Whitehead dan
blackhead ini boleh bertukar kepada jerawat sekiranya terdedah dengan
bakteria penyebab jerawat iaitu P-Acne bakteria (Propioni Bacterium)
Harus ingat,dalam
badan kita memang ada bakteria yang hidup.
Terdapat banyak
jenis jerawat.
Antaranya:
WHITEHEAD
(BINTIK PUTIH) – NON INFLAMMATORY
![]() |
Bagaimana whitehead berlaku |
![]() |
Whitehead yang terlindung di bawah sel kulit mati |
Terbentuk apabila
sel sel kulit mati melekat bersama sama sebum yang kering seterusnya
keluar ke permukaan.Akan tetapi disebabkan oleh sel kulit mati yang
menutupi bahagian atas kulit maka whitehead seolah olah kelihatan
seperti biji biji yang boleh nampak namun susah untuk dikeluarkan.
BLACKHEAD
(BINTIK HITAM) - NON INFLAMMATORY
![]() |
Bagaimana Blackhead terbentuk |
![]() |
Blackhead yang kelihatan di permukaan kulit |
Blackheads dikatakan peringkat pertama
jerawat.Ia terbentuk akibat serangan oleh bakteria yang dikenali
P-Acne. Bintik hitam ini boleh berkembang menjadi jerawat,yang juga
dikenali sebagai papule.
PAPULE - INFLAMMATORY
![]() |
Papule Terbentuk |
![]() |
Benjolan kemerahan |
Terjadi apabila blackhead di serang
oleh bakteria.Keadaan ini berlaku samada faktor persekitaran yang
banyak habuk dan tercemar ataupun proses pengeluaran blackhead dengan
cara memicit tidak berjaya sepenuhnya.Lalu masih terlekat baki di
dalam kulit dan amat mudah di serang bakteria hidup dalam kulit.
Boleh rasa tapi dengan bahasa mudah –
tiada mata.Akan terasa pedih bila menekan papule ini.
PUSTULE – INFLAMMATORY
![]() |
Pustule |
![]() |
Kelihatan titik nyata putih/kuning |
Apabila kita mengadu tentang jerawat di
muka,biasanya ia merujuk kepada pustules. Pustules dianggap sebagai
satu bentuk jerawat yang sederhana dan memperlihatkan dirinya seolah
olah lebam.Pustule ini mempunyai titik nyata putih atau kuning di
tengah-tengah dan dikelilingi oleh keradangan.Dalam bahasa mudah,ramai yang panggil 'jerawat ada mata'.
Jangan sesekali picit terus dengan jari
dengan harapan nak cepat keringkan/hilangkan jerawat pustule ini.Cara
yang tidak betul akan menyebabkan parut kekal.
Dapatkan rawatan daripada pakar terapi kecantikan yang bertauliah.
NODULE
![]() |
Nodule |
![]() |
Benjolan lebih besar dan sedikit pedih sekiranya di tekan |
Nodule jerawat yang besar, lebam dan
keras di bawah permukaan kulit.Amat susah untuk dikeluarkan kerana
mudah meninggalkan parut yang dalam.
Kak Bed pernah mengalami masalah
jerawat ini dahulu.Terlalu terpengaruh dengan iklan masa itu.Sekali
pakai saja,terus dapat jerawat (papule).Tangan pula gatal nak
menggaru selalu maka keadaan bertambah teruk.
Menyesal pun ada.Mula la menyalahkan
produk tersebut tak bagus.Walhal Kak Bed yang tiada ilmu antara
kehendak kulit dan kehendak sendiri.
![]() |
Ini kulit Kak Bed kesan jerawat. |
Boleh
nampak betapa teruk dulu berdasarkan parut yang ada.Ini pun sudah
elok sedikit setelah Kak Bed aplikasikan pengetahuan mengenai
perbezaan antara jenis dan masalah kulit.
Namun bila berselfie tak perlu guna kamera ajaib sebab tak kelihatan sangat dah parut tu.
Terdapat banyak faktor dalaman dan
luaran namun hanya 1 point penting di sini iaitu sering berlaku
kepada mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak.
Justeru itu,sebelum memilih sebarang
produk kecantikan harus tahu kandungan dan bagaimana produk tersebut
boleh berinteraksi dengan kulit kita dan sekiranya untuk produk tersebut adalah untuk mencegah penuaan adakah ia tidak mengaktifkan lagi kelenjar minyak
kita?
Peringatan bagi kulit berminyak,biasanya produk untuk mencegah penuaan tidak sesuai
lantaran kandungan produk itu untuk lebih melembapkan kulit di mana
mereka yang mempunyai kulit kering sangat cenderung untuk kelihatan
cepat tua dari usia.
Rawatan harus dilakukan mengikut
keadaan kulit kita bukannya kemahuan diri kita.
Pesan Kak Bed untuk yang ada masalah
jerawat.Tak perlu rasa tertekan kerana tekanan itu nanti akan
membuatkan rembesan kelenjar minyak menjadi semakin aktif.
Sebaliknya amalkan rutin penjagaan
harian yang betul dan semestinya memilih produk yang betul untuk
kalian.
In shaa Allah akan memberikan hasil yang memuaskan.
Seperti biasa,Kak Bed boleh dihubungi di:
Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
WhatsApp : 017-2015485
0 ulasan