KENAPA WAJIB SKRUB MUKA?

8:30 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Carian Google

"Kalau akak nak nampak result produk skincare yang akak beli ni,jangan lupa rutin scrub ye kak.Paling kurang seminggu sekali.WAJIB!"

Ayat yang tidaklah 'sebekeng' mana tapi cukup untuk mengingatkan pelanggan Kak Bed akan kepentingan penggunaan scrub ini.Mudah dan ringkas.Kalau tak nak amalkan scrub jangan komplen produk tak bagus.Mana mana produk sekalipun.NO SCRUB,NO RESULT.

Kenapa kena scrub paling kurang seminggu sekali?Tengok foto di bawah ini:



Secara ringkas Kak Bed huraikan :

Kulit ada 3 bahagian - bahagian pertama dikenali EPIDERMIS - Epidermis ada 4 lapisan utama - dalam epidermis ada pembaharuan sel - kitaran 28 hari pembaharuan sel akan berlaku - 1 bulan kiraan 4 minggu - sel kulit akan saling menggantikan lapisan demi lapisan setiap minggu - akhirnya lapisan paling bawah akan berada di lapisan paling atas selepas 4 minggu - tak amalkan scrub,sel kulit akan menjadi mati dan semakin tebal - sapu apa apa krim tak boleh masuk dalam kulit.

Macam contoh segelas air yang ada lapisan minyak diatasnya.

Boleh cuba taburkan serbuk tepung.Lihart sendiri boleh sampai ke permukaan atau tidak?
Lihat foto di atas.Boleh jawab sendiri kan soalannya?Cuba keluarkan minyak tu,semestinya tak boleh keluarkan 100% kan?Namun cuba taburkan serbuk tepung dan lihat hasilnya.

Contoh yang sangat ringkas Kak Bed terangkan kepada pelanggan pelanggan Kak Bed.Nak dihuraikan secara saintifik mesti pening kepala kalau pelanggan itu makcik berumur 60,70 tahun kan?

Walau pelajar sekalipun akan pening sekiranya Kak Bed huraikan menggunakan ayat ayat sains ni.Jadi Kak Bed cari alternatif bagaimana nak sedarkan orang ramai betapa pentingnya penggunaan scrub ni dalam penjagaan wajah kita.

Selain itu,Kak Bed selalu ingin mengingatkan 'pressure' (tekanan) yang dikenakan semasa scrub haruslah lembut.Seolah olah sedang menyapu wajah dengan aturan putaran.JANGAN SESEKALI tekan kulit kita.

Kebanyakan dari kita akan berasa seronok untuk 'menyental' sekiranya ada biji biji di wajah kan?Terasa bersih sangat sangat kan?

Kalian SALAH!

Cara tekanan sebegitu akan membuatkan kulit menjadi semakin sensitif.Ia akan menjadi semakin kering disebabkan tekanan berlebihan.Juga tidak mustahil akan mendapat jerawat yang banyak bagi yang oily skin kerana tekanan kuat tadi akan merangsang kilang minyak (oil gland) untuk hasilkan lebihan sebum (minyak).

Bila berlaku lebihan rembesan sebum,maka kuantiti yang banyak  dalam satu satu masa tidak dapat keluar dengan bagus.Seterusnya akan tersekat dan akan menyebabkan jerawat terbentuk.

Jadi ingat :

  • Scrub paling kurang seminggu sekali 
  • Jangan tekan kuat kuat


Satu petua Kak Bed,kalau 'terlajak' sental ingat ayat ini "SAYANG SAYANG YOUR SKIN"

Salam sayang dari Kak Bed.Moga bersua lagi.Hubungi Kak Bed di :

WhatsApp : 017-2015485





You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images