KENALI KULIT ANDA

8:00 AM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim
Imej : Google

Bersua kembali semua.Mesti tercari cari kan mana la entry yang dok sebut power of botani kan?

Okay...sebenarnya sebelum post mana mana entry yang menyentuh perihal betapa hebatnya ke'power'an botani(tumbuh-tumbuhan),kita kena lah ambil tahu apa jenis kulit kita.Tak boleh lah nak hentam saja.Kalau yang jenis yang suka 'hentam' ni lah yang selalu sangat dengar komplen produk itu tak bagus la,produk ini tak bagus lerrrr.......hahahaha...


So sebelum 'terjah' mana mana kedai kosmetik or zaman sekarang ni semua di hujung jari kena la study sikit pasal kulit kita sendiri.Bila kita dah kenal jenis kulit,kondisi kulit dan masalah kulit nescaya kita berjaya dapatkan result seperti mana kita nak.In shaa Allah.

Lagi satu.Jangan percaya sangat dengan kecantikan model model iklan tu.Memang la semuanya cantik,kalo tidak tak akan dapat jadi model kan.hihihi

Here we go.

KULIT.Semua tau kan organ paling besar manusia ialah KULIT?Tidak hairan la kalau ada yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit semata-mata nak kelihatan cantik dan ayu sokmo gitu.



Ni ha.Harus diingat kulit hanya ada 4 jenis utama:



1) KULIT NORMAL

     * memang untung ada kulit normal...majoriti nya bayi la.

     * kulit bersih,liang pori kecil dan hampir tak Nampak

     * senang nak mekap dan mekap akan tahan lebih lama



2) KULIT BERMINYAK


     * orang asia majority kulit berminyak

     * liang pori sedikit besar

     * mekap susah nak tahan

     * tak sesuai pakai produk anti-aging - nanti timbul acne.Seram tak?


3) KULIT KERING


     * liang pori lebih kecil

     * mudah dapat pre mature aging(tua sebelum usia) sekiranya tak mengamalkan skincare regime

        yang betul


4) KULIT KOMBINASI


    - kombinasi kepada sedikit berminyak (T-Zone dan U-Zone)

    - kombinasi kepada sedikit kering


Haa.....tau dah jenis kulit memasing?Kita juga kena beri perhatian kepada masalah kulit supaya kita tak tersilap memilih produk....produk yang di pilih haruslah sesuai dengan kondisi kulit dahulu ketika membuat pertimbangan..

Tak nak nanti kita just concern pasal masalah kulit..tup...tup...bila pakai produk nanti dapat masalah macam jerawat la,peeling la,makin kering la,sticky laaaa...dll...haru biru nanti...

Masalah kulit yang biasa:

1) Jerawat -

Disebabkan pengeluaran sebum yang sangat aktif dan apabila tidak dapat dirembeskan minyak yang terhasil tu dan ditambah dengan sel kulit mati maka akan terjadi lah jerawat kerana P-Acne bacteria sangat aktif di bawah sel kulit mati

2) Dehydrated (kering sebab kekurangan air)

Tidak semestinya mereka yang berkulit kering menghadapi masalah ni....Bagi yang kulit jenis berminyak pom ada chance tau kerana factor cuaca,lifestyle,hormonal exchange...

3) Pigmentasi(Jeragat)

Sebab tu kena pakai sun protection factor(SPF)..kalau tak pakai nanti sel melanoctyes akan keluarkan sejenis cecair berwarna keperangan(brownish) untuk melindungi nukleus sel daripada kerosakan..So,bila tak amalkan pemakaian tabir suria(SPF) ni maka warna pigmen(jeragat) akan bertambah gelap

4) Kedutan(wrinkles)

Biasanya terjadi sebab kekurangan kelembapan dalam kulit.Faktor usia,cara pemakaian produk,keadaan iklim setempat,lifestyles sangat memberi impak.Sebab tu sekarang sangat famous dengan amalan memakan or meminum or memakai produk berkaitan kolagen....hihihi

5) Sensitif

Ramai yang ingat sensitive ni JENIS KULIT....hahahaha.....sensitive bukan jenis tapi masalah kulit..sensitive ni lebih merujuk kepada keadaan kulit yang sedikit kemerah-merahan,pedih-pedih,gatal-gatal,mengelupas....biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai kulit yang nipis ataupun semakin menipis sebab memakai produk tertentu.....

Banyak lagi masalah kulit.....sapa nak tau boleh comment la nanti erkkkk....dah panjang sangat ni....huhuhu...jangan bosan membaca erkkkk....Kak Bed just share apa yang Kak Bed tau and belajar je...sekarang pun masih 'menimba' ilmu.....huhuhuhu......

Nasihat Kak Bed,sebelum p mana-mana kedai kosmetik samada local or international brand ilmu kena ada sedikit dan banyak la bertanya bagaimana boleh react with our skin...Kena tanya apa ingredients dalam produk yang akan menyelesaikan masalah kita tu....kene tau....

Next entry kita akan berbicara pasal kulit jugak...tapi kita belajar serba sedikit struktur kulit supaya kita lebih memahami camne produk boleh react dan memberi result yang kita mahukan.....

Hubungi saya di:

Fb :Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images