AIR - POWER OF DETOX

3:39 PM

Teks: Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Google Image dan koleksi peribadi


Minum Air -  Jadi Cantik?

Rasanya ramai yang sedar akan hakikat ini.Namun,ramai juga yang tidak amalkan ia.Betul ke betul?huhuhu.

Sama la macam Kak Bed 'dolu dolu'.Sekarang tak lagi.Kak Bed memang amalkan minum air detoks sebab ada 'rasa' berbanding air kosong biasa,Penuh khasiat pulak tu dengan buah buahan terpilih.

Kebaikan air detoks:

~ membantu untuk mereka yang tak suka minum air kosong.
   * badan kita memerlukan air yang banyak.Berat badan 25kg = 1 liter air.Maksudnya kalau berat
      kita 75kg kena minum air kosong sebanyak 3 liter
~ membantu meningkatkan metabilisma badan
~ mengurangkan masalah kulit berminyak.
~ mencuci dalaman perut dan usus
~ menurunkan berat badan
~ mengempiskan perut
~ melegakan sakit tekak
~ mencantikkan kulit
~ buang toksin dalam badan
~ dapat mengurangkan masalah selsema
~ sistem imun bertambah
~ mengurangkan masalah sembelit

Khasiat buah buahan:

Tahap antioksidan yang tinggi.Mengurangkan radang usus dan memerangi Radikal bebas.Vitamin C dalam kandungan buah adalah baik untuk kulit anda,

Boleh ,membersikan hati anda untuk mengimbangi pH badan anda.Lemon adalah yang luar biasa untuk badan anda.


Kandungan catechin dalam teh hijau menghalang kerosakan sel di samping menurunkan kolesterol. Ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dengan lebih baik.

Pudina adalah pembersih yang baik untuk darah dan merupakan penggalak dalam proses pencernaan.Secara semulajadi sebagai perangsang.
Sebagai anti-karsinogenik kerana sebatian limonoid, limau juga mengandungi kalsium dan folat, dua nutrien penting untuk kesihatan wanita.
Antosianin- di mana Blueberry memberi perlindungan yang mencegah kanser dan menghalang daripada radikal biru Juga sesuai untuk masalah saluran kencing.

Kulit Kayu Manis terkenal dengan keupayaan untuk mengawal gula dalam darah.Ia juga penting untuk penurunan berat badan.


Sayuran ini manis digunakan untuk merawat gangguan pencernaan, penyakit jantung, dan PMS(period pain). Mengandungi folat.Ia juga sangat baik untuk kesihatan saraf.

Halia dapat mengurangkan sinus, dengan cepat mengurangkan loya dan juga adalah hebat untuk sakit sendi dan otot.Bagus untuk pembuangan angin dalam badan.Terdapat terlalu banyak manfaat kesihatan halia ini.

Enzim bromelain nenas yang bekerja sebagai pencair darah,yang mengurangkan kemungkinan strok dan serangan jantung.Ia juga membantu masalah kesesakan paru-parum(sesak nafas)

Kaya dengan vitamin C dan magnesium.Menggalakkan kesuburan dan melambatkan proses penuaan. Dan asid ellagic telah membuktikan ciri-ciri anti-radang.

Membantu untuk membakar lemak yang disimpan manakala flavonoid mengurangkan risiko penyakit jantung.Kandungan Kalium pula menggalakkan kesihatan tulang.

Ia adalah anti-bakteria dan boleh mencegah selesema dan penyakit.

Timun adalah sangat berkesan dalam menghapuskan toksin dari sistem penghadaman. Mereka juga mengandungi silika, yang menggalakkan kesihatan sendi.

Kaya dengan vitamin A dan C.Buah-buahan tropika ini mempunyai reputasi untuk menyembuhkan keletihan dan mengelakkan selesema. Ia juga adalah agen antioksidan.



Ini sebahagian buah buahan yang boleh kita gunakan untuk buat air detoks.Banyak lagi sebenarnya cuma Kak Bed memang suka guna buah buah ini.

Share sikit air detoks yang Kak Bed buat sendiri.Kebetulan 1 gambar je yang ada dalam fail komputer ni.Masih belum di upload dari smart phone.Entri yang lain kita share lagi ya.


Abaikan smiley face tu ya.Kak Bed download dari FB Kak Bed sebentar tadi.Hihihi.

Cukup dulu sampai di sini.Boleh berhubung dengan Kak Bed di :
WhatsApp : 017-2015485

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images