TIPS NAK KULIT GEBU
9:34 AMTeks : Siti Zubaidah Ibrahim
Assalamua'laikum dan selamat sejahtera..
Hari ni Kak Bed ada kelas training dengan company trainer from France.Agak menyeronokkan sebab sebelum ni bertemu beliau banyak input berkenaan dunia kosmetik di kongsi bersama,berkongsi ilmu dengan European sangat menyeronokkan sebab mereka ni sangat obses dengan dunia botani dalam menambah nilai kecantikan diri.
Entri hari ni sangat pendek sebenarnya.Cuma nak berkongsi bagaimana memilih produk skincare yang betul untuk kulit.
Sebelum pergi shopping,perlu tanya 3 perkara kepada diri sendiri:
1) Apa sebenarnya aku concern pasal kulit ni?
* kulit kusam ke,kulit berminyak ke,kulit rasa kering sangat ke..(terpulang apa yang anda concern)
2) Apa result aku nak daripada pakai produk tu?
* Nak putih dalam seminggu ke(bahaya siapa nak result macam ni...huhuhu),kurangkan minyak ke,nak bagi kulit lebih lembap dan berseri,nak rawat pigmentasi ke dll...
3) Sekarang kat rumah,rejim skincare apa yang aku takde?
* skincare rejim ni adalah aturan pemakaian produk penjagaan muka
* Skincare rejim harian mesti ada:
~ Cleanser,toner,eye cream,serum,pelembap siang/malam
* Skincare rejim mingguan
~ Scrub dan Mask - 1-2 kali seminggu penggunaan.Gunakan selepas mencuci muka,sebelum
penggunaan toner.
Bila dah ada jawapan tu nanti maka bolehlah keluar mencari produk yang sesuai.Ia akan guide kita cara dan apakah produk yang perlu sahaja.Bagi yang pertama kali baru nak mencari skincare,baca entri entri yang lepas dulu ye bawah label Kecantikan.
Satu pesan Kak Bed istimewa untuk mereka yang mempunyai kondisi kulit berminyak.JANGAN letakkan CONCERN dan RESULT untuk ANTI AGING.
Ini kerana,bila kita mempunyai kulit berminyak,memang tak sesuai untuk kita nak cari produk anti aging sebab keadaan kulit dan kilang minyak yang masih aktif pengeluaran sebum(minyak).Nanti bila pakai hmmmmmm..itulah...JERAWAT pun akan keluar.Then kita pun akan salahkan produk tu tak bagus kan?Tapi sebenarnya kita tak concern kondisi kulit tapi lebih concern pada penuaan.Itu yang bahaya.
Cukup dulu untuk entri kali ini.In shaa Allah banyak lagi nak kongsi di sini.Jumpa lagi.
Nak hubungi Kak Bed boleh hubungi melaui:
Fb: Siti Zubaidah Ibrahim
Follow Insta : McTi Miharbi
WhatsApp : 017-2015485
0 ulasan