­
­

LOBAK OH LOBAK....CARROT OH CARROT...

12:30 PM

Teks : Siti Zubaidah Ibrahim
Imej : Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera…….

Kenapa mesti ulang ulang tajuk kat atas tu ya.Special untuk kelantanese readers sebenarnya if ada yang membaca blog ni.Nanti mereka salah ertikan sayur lobak tu.For info,bagi Kelantanese sayur lobak adalah sawi.Pelik kann?Tapi itu lah realitinya…kacau bilau juga Kak Bed masa mula mula kahwin dulu sebab En Asben Kelantanese.(Kak Bed pun ada darah Kelantan dan sekarang dah lebih 10 tahun parents migrate dok Kelantan tapi tak pernah tau pasal nama nama sayur nehhh…so kena belajar lah.hihihi)


Okay..entry kali ni bukan nak cerita pasal macamana nak masak ke apa kan.Tapi nak share sedikit PETUA JIMAT yang boleh dapat dari dapur tu.


Semua orang tahu akan kehebatan sayur berwarna jingga ni kan.Of course bagus untuk mata sebab dia ada Beta Karotin yang tinggi yang mana boleh meningkatkan daya penglihatan seseorang.Memang antara sayur terbaik dalam diet harian.


Jangan tak tahu.Beta Karotin jugak boleh bertindak sebagai ANTI OKSIDA yang dapat melambatkan proses penuaan.Pastu ada VITAMIN A yang boleh melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan cahaya matahari..


Kak Bed percaya ramai antara kita kekadang tu bila simpan lebihan bahan bahan tuk masakan tetiba terlupa akan baki tu and akan mengecut sendiri dalam peti kan.


Sebab tu Kak Bed lebih suka guna bahan bahan semulajadi untuk scrub dan mask muka.Takde la sampai membazir kan.So hari ini nak share scrub muka D.I.Y from Carrot a.k.a Lobak.


Bahan bahan:
Carrot ~ parut dan dapatkan2  sudu besar parutan pom okay..tengok ‘kelebaran’ muka masing masing.
Telur kuning.. ~ special for glowing effect
                                 

 


Itu bahan utama.Then based kepada jenis kulit campurkan :

UNTUK KULIT KERING/NORMAL/KOMBINASI KEPADA SEDIKIT KERING
Tambahkan:

Olive oil +Lemon (ambil pati dia)

Cara cara:
Satukan semua bahan bahan dan gaul sebati.Pastu tempek kat muka dan bermulalah aktiviti scrub.PERLU INGAT.Sebelum scrub muka haruslah dicuci terlebih dahulu dengan cleanser kegemaran kalian.Then digalakkan bilas guna air suam.


Olive oil sangat bagus untuk skin nourishment.Ianya ada fungsi pelembapan yang tinggi..

UNTUK KULIT BERMINYAK/NORMAL/KOMBINASI SEDIKIT BERMINYAK
Tambahkan:

Honey + Lemon(ambil pati dia)

Cara cara:
Sama je macam kat atas tu.
Honey sangat bagus untuk balance skin tone dan make a skin even more flawless…awesome kan.

Lemon function lebih kepada radiance effect












Best kan kalau ada orang yang tolong apply kan?Kak Bed biasa buat sendiri je.


Selamat mencuba.Kena rajin tau nak cantik ni.Tak mahal pun kos dia.Murah murah je.Selamat lagi untuk kulit.Tak payah risau ada bahan kimia ke tak.Telur tu if dapat telur ayam kampong lagi best.



Hubungi saya di :

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email: puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485

You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images