­
­

DETOKS BOLEH KURUS!

6:00 PM

Teks: Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Google Image

Sekejapan rasanya antara Ramadhan 1435 dengan Ramadhan 1436.Esok dah mula berpuasa ya?Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan tahun ini.

Rasanya ramai yang tak sabar menantikan untuk berkunjung ke bazaar Ramadhan kan?Hihihi.Satu pesan Kak Bed,hayati dan fahami semula kenapa umat Islam diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan?In shaa Allah kita semua akan lebih berhemah dalam berbelanja.Alhamdulillah

Sebenarnya bulan Ramadhan ni banyak boleh membentuk sahsiah diri dan amalan kita seharian.Ada yang ambil peluang untuk terus berhenti merokok,ada yang belajar untuk jadi lebih sabar,ada yang belajar mendalami Al Quran dan ada juga yang menjadikan bulan Ramadhan ini permulaan untuk proses berdiet.Termasuk la Kak Bed.Hihihi.

Apabila kita berpuasa,badan kita akan melakukan proses detoks secara semulajadi.Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan bagi memastikan kulit lebih bersih serta segar.Selain itu,ia juga turut memastikan sistem buah oinggang kita berjalan dengan lancar.

Jadinya perkara pertama yang harus ada dalam list bagaimana berdiet adalah detoks.Ramai yang komplen diet tak menjadi walau dah makan itu ini,amalkan perbagai petua atau dah ikut kelas aerobik pun tapi hasilnya susah @ lambat nak nampak.

KUNCI diet sebenarnya adalah DETOKS.Apa itu detoks?

Detoks(juga dipanggil pembersihan badan) dalam konteks perubatan alternatif terdiri daripada pendekatan yang bertujuan untuk membersihkan badan daripada "racun" - bahan-bahan berbahaya yang terkumpul yang didakwa boleh memberi kesan yang tidak diingini ke atas kesihatan individu dalam jangka masa pendek atau panjang. Detoksifikasi biasanya termasuk satu atau lebih daripada yang berikut: diet, berpuasa, memakan secara eksklusif atau mengelakkan makanan tertentu (seperti lemak, karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, jus, herba, atau air), pembersihan kolon.sumber Klik di sini






Secara ringkasnya,bila kita nak berdiet memang WAJIB DETOKS dulu.Kita keluarkan segala kotoran kotoran yang bertoksid agar proses diet kita berjalan lancar.Bila badan dah 'BERSIH' jadi mudahlah kita meneruskan diet kita dan in shaa Allah dapat tampil langsing dan menarik.Paling penting kita akan rasa tubuh akan lebih sihat,alhamdulillah.

Di sini Kak Bed sertakan step by step untuk mula berdiet ni:

Hari 1 - ke 3 = Berpuasa seperti biasa tapi elakkan ambil makanan pepejal dan karbohirat.KLIK DI SINI untuk resepi

Hari ke 4 - ke 6 = Amalakan air detoks yang dapat melancarkan proses pembuangan.Elakkan      
                             makanan yang tinggi Karbo (nasi,roti,bihun,mee dsb).KLIK DI SINI untuk resepi

Hari ke 7 - ke 15 = Amalkan air detoks yang dapat menyingkirkan lemak.Elakkan juga makanan
                               yang tinggi Karbo (nasi,roti,bihun,mee dsb).KLIK DI SINI untuk resepi

Hari ke 16 - ke 20 = Amalkan air detoks untuk singkirkan lemak di bahagian tertentu.Boleh ambil
                                 sedikit makanan ber'KARBO' (bihun sup biasanya okay.Buat sendiri lebih bagus
                                 sebab boleh letak lebih sayur.Bihun sikit je cukup)

Hari ke 21 - ke 30 = Amalkan air detoks yang ada anti oksidan supaya nampak lebih radiance.KLIK DI SINI untuk resepi

Jom bersama amalkan.Kak Bed ingat nak cari 'geng' berdiet bersama sama.Siapa siapa yang berminat boleh hubungi Kak Bed di :

Facebook : Siti Zubaidah Ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApps : 017-2015485



You Might Also Like

0 ulasan

Powered by Blogger.

Popular Posts

EMAS ANGGUN MUSLIMAH

Flickr Images