APA ITU PARABEN?
8:00 AMTeks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Apa itu Paraben?
Paraben ini adalah sejenis bahan sintetik yang digunakan sebagai pengawet.Penggunaannya meluas dalam kosmetik,farmaseutikal,makanan.Paraben digunakan supaya sesuatu produk itu mempunyai jangka hayat dan dapat bertahan dalam pasaran.
Paraben paling banyak digunakan dalam produk penjagaan diri;bahan sintetik ini berupaya untuk berhentikan pertumbuhan kulat, bakteria dan mikrob lain dalam sesuatu produk terutama dalam persekitaran yang lembab dan hangat seperti di bilik mandi.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini,perdebatan yang berlaku di kalangan ahli-ahli sains, pengawal selia keselamatan produk dan pengeluar kosmetik sama ada bahan kimia ini yang digunakan hampir 70 tahun ini,sebenarnya boleh membahayakan kesihatan kita.
University of Reading di United Kingdom telah menjalankan kajian dan mendapati kepekatan parabens,terutamanya methylparaben dalam tumor payudara manusia. Kajian itu hanya mengesahkan kehadiran paraben dalam tumor tetapi tidak menentukan bahawa paraben adalah punca tumor/barah payudara.
Beberapa persoalan dipertikaikan.Antaranya:
1)Apakah kadar peningkatan kanser payudara dikaitkan kepada fakta bahawa paraben yang mempunyai keupayaan yang lemah untuk meniru estrogen telah ditemui dalam tumor kanser payudara dan boleh diasingkan daripada tisu badan yang lain?
2) Adakah penurunan jumlah sperma dan meningkatkan kadar kanser payudara lelaki dan kanser buah zakar yang berkaitan dengan hakikat bahawa bahan kimia ini boleh diserap ke dalam kulit kita, berpotensi mengganggu sistem endokrin kita?
Semua ini masih menjadi perbahasan.Secara rumusan sebenarnya masih belum dipastikan samada Kanser Payudara itu adalah disebabkan penggunaan kosmetik.
Namun sebagai sebuah industri yang besar,kebanyakan pengeluar kosmetik telah mencari alternatif lain bagi memastikan produk mereka bebas Paraben.Bagi Kak Bed,di situ kena ambil tau juga bahan apakah sebagai alternatif menggantikan Paraben?
Bahan baru yang pastinya memerlukan penyelidikan akan keberkesanan mengawal pertumbuhan bakteria,kulat dan apakah ianya juga selamat untuk kulit?Jangan pula nanti bahan yang digunakan lagi 'derita' daripada Paraben.
Kak bed lebih bimbang dengan penggunaan Hydroquinone sebenarnya.Penggunaan berlebihan pasti mengundang bahaya kepada si pemakai.
Nasihat Kak Bed,elok banyakkan bertanya sebelum membuat sebarang pembelian kosmetik ni.Biarlah orang nak kata kita apa pun atas soalan soalan yang dikemukakan,apa yang pasti kita perlu dapatkan jawapan yang kita perlukan.
Cara Kak Bed senang je.Tak dapat jawab my questions jawabnya " bye bye" la.Tapi jangan lupa ucapkan terima kasih sebab mungkin orang tersebut dah cuba yang terbaik untuk memberi jawapan cuma tak cukup menyakinkan sahaja.
Okay..Kak Bed end di sini dulu.Nak mencari sumber untuk entri entri lebih menarik lagi.Pasal pigmentasi nak tau tak?Menarik juga kan.
Jangan lupa ya Kak Bed boleh di hubungi di :
Facebook : Siti Zubaidah ibrahim
Email : puansitizubaidahibrahim@gmail.com
WhatsApp : 017-2015485
0 ulasan