KELAS ASAS BLOG DAN INSTA
9:31 PMTeks : Siti Zubaidah Ibrahim a.k.a Kak Bed
Imej : Koleksi ABDR
"Jika anda mahu ubah hidup anda serta tahap kewangan anda,kita perlu tingkatkan tahap ILMU kita,tahap KUASA TINDAKAN kita dan tahap PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH serta orang disekeliling kita terutama ibubapa" - Dr Azizan Osman.
ILMU..kerana dahagakan ilmu IT maka Kak Bed berada di sini - di kalangan rakan rakan hebat ABDR.Sebenarnya dah lama Kak Bed tahu kewujudan ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah) melalui post post di facebook oleh Puan Masayu Ahmad.
Puan Masayu Ahmad memang tersenarai dalam friendlist Kak Bed masa mula mula Kak Bed ada facebook.Beliau merupakan rakan kepada bekas rakan rakan satu sekolah dengan Kak Bed yang belajar di USM,Penang.
Pada permulaan,Kak Bed tak memahami sangat apa yang diutarakan oleh beliau tapi Kak Bed suka baca post post beliau.Sehinggalah beliau menjadi penulis dalam majalah Mingguan Wanita.Masa tu terlintas dalam fikiran Kak Bed,'bagus betul dia ni.Gigihnya dia".
Tapi cuma fikir saja tanpa sebarang tindakan susulan,sebab apa yang Kak Bed faham ketika itu adalah artikel artikel yang ditulis adalah untuk surirumah sahaja..huhuhuhu
Sampailah satu saat di mana Kak Bed ternampak iklan di post beliau berkenaan Kelas Instagram dan asas blog.
0 ulasan